web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MERHROM Puji Tindakan Berani PM Gesa Ambil Lebih Ramai Pelarian Rohingya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2022 7:24PM

Walaupun Malaysia bukan negara yang menandatangani Konvensyen Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967, negara ini menerima hampir 200,000 pelarian Rohingya atas dasar kemanusiaan - Gambar Hiasan AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM) menyambut baik gesaan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob agar semua negara mengambil tanggungjawab untuk menempatkan lebih banyak pelarian Rohingya di negara masing-masing.

Presiden MERHROM, Zafar Ahmad Abdul Ghani berkata, ucapan Ismail Sabri pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-77 di New York, Amerika Syarikat semalam menekankan kepentingan iltizam politik untuk menyelesaikan krisis berterusan dihadapi etnik Rohingya.

“MERHROM mengulangi gesaan Perdana Menteri kepada negara anggota kepada Konvensyen Pelarian (Konvensyen 1951 Mengenai Status Pelarian) untuk menambah kuota penempatan semula bagi pelarian Rohingya.

“Kami berharap Malaysia akan terus berunding dengan negara penempatan semula kerana kami tidak mempunyai penyelesaian lain yang kukuh,” katanya hari ini.

Dalam pada itu, Zafar Ahmad turut menggesa semua negara anggota PBB untuk membuat perubahan kepada kuasa veto kerana ia bercanggah dengan prinsip demokrasi.

“Ini sangat penting untuk memastikan keamanan, kebebasan dan keadilan di seluruh dunia.

“Berikutan kegagalan Kesepakatan Lima Perkara, ASEAN mesti menerima pakai penyelesaian yang boleh dilaksanakan untuk menangani tentera Myanmar bagi menghentikan genosid dan kekejaman Rohingya di Myanmar,” katanya.

Kelmarin, Ismail Sabri memaklumkan, walaupun Malaysia bukan negara yang menandatangani Konvensyen Status Pelarian 1951 dan Protokol 1967, negara ini menerima hampir 200,000 pelarian Rohingya atas dasar kemanusiaan.

“Krisis politik di Myanmar juga telah memburukkan lagi keadaan berjuta-juta pelarian Myanmar termasuklah pelarian etnik Rohingya,” katanya.

Malaysia, kata beliau amat menekankan betapa pentingnya dunia menangani punca utama krisis Rohingya dan beliau percaya bahawa isu berkaitan tidak akan diselesaikan selagi krisis di negara tersebut berterusan.

“Di rantau Asia Tenggara, Malaysia memainkan peranan penting dalam penyelesaian konflik. Sebagai contoh, Malaysia terlibat dalam proses damai antara Kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) sejak 2001.

“Namun Malaysia kecewa dengan situasi di Myanmar sejak tercetusnya rampasan kuasa pada Februari 2021,” kata beliau.

Beliau berkata, lebih mendukacitakan Majlis Keselamatan PBB tidak mengambil sebarang tindakan serius dalam menangani situasi ini, malah ada yang melihat Majlis itu lepas tangan dan menyerahkannya kepada ASEAN.

“Malaysia kecewa tiada kemajuan bermakna dalam pelaksanaan ‘Kesepakatan Lima Perkara’ ASEAN terutamanya oleh pihak junta Myanmar. Dalam acuannya sekarang, ‘Kesepakatan Lima Perkara’ ASEAN ini tidak boleh diteruskan lagi.

“Justeru, kesepakatan ini perlu diberi nafas baharu dan diperhalusi berdasarkan rangka kerja, jangka masa dan matlamat akhir yang lebih jelas. Sesungguhnya, yang lebih penting ialah aspirasi rakyat Myanmar perlu dipenuhi,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, ASEAN perlu memutuskan sama ada konsensus mengenai Myanmar itu masih relevan atau harus dibatalkan segera, dan sebarang keputusan perlu dicapai sebelum sidang kemuncak ASEAN pada November. - Getaran, 25 September 2022

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad