web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lebih RM1.2 Bilion Diperuntuk Untuk Jalan Luar Bandar - Mahdzir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 9:54PM

Mahdzir Khalid - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KENINGAU - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) membelanjakan lebih RM1.2 bilion bagi Program Jalan Luar Bandar (JALB) seluruh negara dalam usaha menyediakan sistem perhubungan luar bandar ke bandar lebih sempurna, kata Menterinya Datuk Seri Mahdzir Khalid.

Beliau berkata program JALB dilaksanakan selaras dengan Dasar Pembangunan Luar Bandar (DPLB) untuk memperbaiki, memperluas dan mempertingkatkan rangkaian sistem jalan raya di kawasan luar bandar.

"KPLB menyasarkan untuk memperluas 100 peratus liputan prasarana asas di kampung-kampung di Semenanjung Malaysia dan 80 peratus di kampung-kampung di Wilayah Sabah dan Sarawak.

"Bagi tujuan berkenaan pada tahun ini sahaja lebih RM306 juta telah diperuntukkan untuk pembangunan jalan luar bandar bagi Sabah dan lebih RM221 juta untuk Sarawak," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau Projek Menaik Taraf Jalan Rancangan Belia Tiulon - Kampung Simbuan, Sook, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Arthur Kurup dan Timbalan Menteri KPLB Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad. 

Mengulas lanjut, Mahdzir berkata projek Menaik Taraf Jalan Rancangan Belia Tiulon - Kampung Simbuan, Sook, Keningau, telah diluluskan di bawah Pelan Pusingan Kedua, Rancangan Malaysia Ke-12 (RP-2, RMK12) tahun ini dengan kos RM152 juta.

“Projek ini melibatkan kerja-kerja menaik taraf jalan sepanjang 20 kilometer dengan lebar berturap 6.5 meter mengikut piawaian JKR R2 dan agensi pelaksananya adalah JKR Sabah.

"Jajaran jalan ini juga akan menghubungkan penduduk kampung ke Pekan Sook dan Pekan Keningau serta menghubungkan 13 kampung, tiga sekolah, klinik, rumah-rumah ibadat dengan anggaran jumlah penerima manfaat adalah seramai 2,000 orang," katanya.

Mahdzir berkata proses tender bagi projek menaik taraf itu dijangka dilaksana pada hujung bulan ini dan kerja pembinaan dijangka dapat dimulakan pada suku pertama tahun hadapan. 

"Dengan pembinaan projek ini, ia akan dapat memberi manfaat kepada penduduk kampung sekitar untuk mengangkut hasil tanaman serta memberi kemudahan perjalanan kepada penduduk kampung," katanya.

Projek itu juga kata Mahdzir lagi, dapat menjimatkan masa dan kos perjalanan, lebih selamat selain mampu menjana peningkatan ekonomi setempat. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad