web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PN Mahu Penjelasan Daripada Abdul Hadi Mengenai Perjumpaan MN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 8:49PM

Muhyiddin Yassin akan meminta penjelasan daripada Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan ada usaha untuk mengaktifkan semula Muafakat Nasional (MN) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meminta penjelasan daripada Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung dakwaan ada usaha untuk mengaktifkan semula Muafakat Nasional (MN). 

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) berkata beliau mahu PAS menerangkan apa yang dipersetujui antara PAS dan UMNO dalam pertemuan mereka baru-baru ini.

“Saya juga berminat untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku. Saya mahu dapatkan penjelasan apabila saya berjumpa Abdul Hadi Isnin atau Selasa ini.  

Kami akan berbincang banyak isu penting, sudah tentu untuk dapatkan penjelasan sama ada berlaku perbincangan sedemikian, apakah hasilnya, adakah UMNO bersetuju dengan apa yang diatur, (dan) apakah kedudukan PN,” katanya kepada media pada Majlis Sambutan Ulang Tahun Keenam Bersatu di sini hari ini. 

Terdahulu media melaporkan satu pertemuan antara Abdul Hadi dan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Selasa lepas yang membincangkan mengenai MN bagi mengelakkan pertembungan antara kedua-dua parti dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang.

Sebelum ini Setiausaha Agung PAS Datuk Seri Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata ada perbincangan tidak rasmi antara parti itu dengan pemimpin UMNO tertentu untuk membincangkan kerjasama menjelang PRU15. 

Pada Muktamar Ke-68 PAS, satu usul untuk meneruskan kerjasama dengan UMNO menerusi platform MN dalam  PRU-15 diluluskan.

MN adalah satu kerjasama politik antara UMNO dan PAS yang dibentuk pada 2019 selepas kedua-dua parti tewas dalam pilihan raya umum ke-14. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad