web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Ismail Sabri Suri Teladan Dalam Julang Bahasa Kebangsaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 8:10PM

Semalam, Perdana Menteri mencipta sejarah sebagai pemimpin tertinggi Malaysia yang pertama berucap menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya pada perhimpunan diplomatik terbesar itu yang diadakan di New York, Amerika Syarikat - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ucapan penuh Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam bahasa Melayu pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mampu membuka mata pemimpin dan seluruh Keluarga Malaysia untuk bersama-sama ‘berani’ mengantarabangsakan bahasa kebangsaan. 

Menyifatkan Perdana Menteri suri teladan yang baik kepada rakyat, pensyarah linguistik Dr Raja Rajeswari Seetha Raman berkata Ismail Sabri semalam telah meletakkan penanda aras yang tinggi dalam memartabatkan bahasa Melayu, sekali gus mempromosi identiti Malaysia di pentas dunia.

“Kita boleh katakan Perdana Menteri ‘cakap serupa bikin’ dalam apa yang beliau katakan sebelum ini. Apabila beliau sendiri mengamalkan apa yang diusahakan, ia akan memberi keyakinan yang tinggi kepada rakyat untuk melakukan perkara sama di pentas dunia yang lain.

“Hal ini juga merupakan satu kebanggaan kerana tidak pernah Perdana Menteri sebelum ini ‘berani’ menggunakan bahasa kebangsaan di persidangan antarabangsa jadi Ismail Sabri memang sudah mencipta satu sejarah penting dalam memartabatkan bahasa kebangsaan,” katanya.  

Semalam, Perdana Menteri mencipta sejarah sebagai pemimpin tertinggi Malaysia yang pertama berucap menggunakan bahasa kebangsaan sepenuhnya pada perhimpunan diplomatik terbesar itu yang diadakan di New York, Amerika Syarikat.

Beliau yang tampil segak berbaju Melayu hitam lengkap bersongkok mencuri tumpuan delegasi lain sebaik melangkah masuk ke dewan utama, manakala seluruh delegasi negara termasuk Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut memakai baju kebangsaan dan batik Malaysia.

Beliau yang tampil segak berbaju Melayu hitam lengkap bersongkok mencuri tumpuan delegasi lain sebaik melangkah masuk ke dewan utama - Gambar Bernama
Beliau yang tampil segak berbaju Melayu hitam lengkap bersongkok mencuri tumpuan delegasi lain sebaik melangkah masuk ke dewan utama - Gambar Bernama

Felo Utama Institut Kajian Etnik (KITA) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Datuk Dr Teo Kok Seong pula menyifatkan penggunaan bahasa kebangsaan di pentas dunia itu membuka kebolehpasaran bahasa Melayu di peringkat global.

Penonjolan bahasa kebangsaan di pentas dunia itu katanya, membuka peluang warga asing untuk mendekati Malaysia dan mengetahui lebih mendalam kepelbagaian budaya, agama dan bangsa yang terdapat di negara bertuah ini. 

“Apabila bahasa Melayu digunakan, diperdengarkan pada dunia, pastinya secara tidak langsung lahir minat individu asing untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bumi Malaysia dan lebih penting lagi ia menjadi pembakar semangat kepada rakyat Malaysia sendiri untuk menghargai bahasa kebangsaan.

“Kita perlu ambil peristiwa ini sebagai satu langkah untuk rakyat menerima dan menggunakan bahasa kebangsaan dengan sepenuh hati. Untuk bahasa Melayu diterima di luar negara, kita seharusnya memantapkan penggunaanya di dalam negara juga,” katanya. 

Langkah Perdana Menteri mengenakan baju Melayu turut dipuji Pensyarah Kanan Teknologi Media, Pusat Pengajian Teknologi Multimedia dan Komunikasi, Universiti Utara Malaysia (UUM) Dr Azahar Kasim yang menyifatkan langkah itu sebagai usaha memperkenalkan budaya Malaysia. 

Kebanggaan Ismail Sabri mempamerkan busana tradisional itu di pentas dunia melambangkan sikap beliau yang menghormati budaya tempatan dan menzahirkan jati diri sebagai rakyat Malaysia.

“Pemakaian lounge suit dan tali leher merupakan budaya barat yang dicedok dan dalam urusan antarabangsa menetapkan kod pemakaian seperti itu sehingga ia menjadi lumrah.

“Apabila Perdana Menteri memakai busana baju Melayu dan berucap dalam bahasa Melayu, ia adalah penegasan kepada komuniti dunia tentang jati diri dan identiti masyarakat Malaysia,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad