web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Datin Ditemui Maut, Barang Peribadi Turut Hilang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 4:26PM

Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan kecederaan di anggota badan mangsa - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas bergelar Datin ditemui maut dengan kesan kecederaan pada badan di rumahnya dekat Taman Paroi Jaya, Seremban, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kematian wanita berusia dalam lingkungan 70-an itu pada jam 8.25 malam semalam.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati terdapat kesan kecederaan di anggota badan mangsa.

“Selain itu, beberapa barang peribadi mangsa turut hilang,” katanya hari ini.

Menurut beliau, mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di Seremban untuk proses bedah siasat.

“Motif sebenar kejadian itu masih dalam siasatan dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Dalam pada itu, Nanda berkata, polis meminta seorang saksi iaitu Mohd Faizul Mohamad Ali Kamil, 45, yang beralamat di Lot 24 Kampung Berkat Chembong, Rembau untuk tampil membantu siasatan.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Fauzan Azima Razak di talian 06-6033222 bagi menyalurkan maklumat mengenai kejadian itu. – Getaran, 24 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad