Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


AirAsia Dinobatkan Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia Untuk Tahun Ke-13 Berturut-Turut

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 3:07PM

AirAsia mentakrifkan semula perjalanan udara dengan tambang rendah di Asia dan walaupun telah menghadapi cabaran pasca-pandemik baru-baru ini, ia terus menjadi pilihan pelanggan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - AirAsia telah dinobatkan sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2022 untuk tahun ke-13 berturut-turut.

Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Tony Fernandes berkata tahun ini terasa lebih istimewa kerana para pengundi terus menyokong syarikat walaupun telah melalui tempoh yang amat sukar berikutan COVID-19.

“Kami akan terus terbang tinggi. Kami telah bertahan, membina semula perniagaan dan kini sedang pulih untuk terus menawarkan lebih nilai dan pilihan kepada semua tetamu kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut mengucapkan tahniah atas pencapaian tersebut, menyatakan AirAsia bukan sahaja telah memacu dan merevolusikan perjalanan udara dengan tambang rendah di Malaysia dan ASEAN, malah memberi sumbangan besar kepada industri pelancongan dan sektor ekonomi negara.

“Ini sememangnya satu pencapaian yang hebat bukan sahaja untuk AirAsia, tetapi juga untuk Malaysia,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Skytrax Edward Plaisted berkata AirAsia mentakrifkan semula perjalanan udara dengan tambang rendah di Asia dan walaupun telah menghadapi cabaran pasca-pandemik baru-baru ini, ia terus menjadi pilihan pelanggan.

“Memenangi anugerah Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia buat kali ke-13 adalah satu pencapaian yang menakjubkan dan kami mengucapkan tahniah kepada semua ahli keluarga AirAsia atas pencapaian ini,” katanya.

Sebagai anugerah penanda aras global bagi kecemerlangan syarikat penerbangan, Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia Skytrax 2022 menerima undian daripada 14.3 juta pelanggan yang terdiri daripada lebih 100 warganegara yang mengundi lebih 300 syarikat penerbangan dari September 2021 hingga Ogos 2022. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Jelajah 4 hari yang lalu

Dapatkan Pas ASEAN Explorer  Pada Harga Promosi RM999

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

3

Ekonomi 1 bulan yang lalu

AirAsia Sambung Laluan Penerbangan Antara Pulau Pinang, Kuching Dan Kota Kinabalu

4

Selebriti 1 bulan yang lalu

Pelakon Popular Thailand, Tay Tawan Promosikan Thailand Bersama AirAsia

Sorotan

1

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

2

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

3

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

4

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

5

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

6

Saya Perlu Dapatkan Semula Keyakinan Diri - Zii Jia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perintah Bela Diri Bung Moktar, Isteri Bercanggah Dengan Keterangan Di Mahkamah

Semasa 1 hari yang lalu

Terengganu Tidak Bincang Cadangan Hukuman Sebat Di Khalayak – Azalina

Semasa 8 jam yang lalu

Keputusan Rayuan Siti Bainun Terhadap Hukuman Penjara 12 Tahun Esok

Semasa 1 hari yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis