web statsweb stats

Berita Terkini

23 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 23 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertukaran Jawatan 26 Pegawai Kanan PDRM, Baharuddin Dilantik Pengarah Cawangan Khas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Sep 2022 7:05AM

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani (tengah) menyaksikan simbolik serah tugas Datuk Zamri Yahya (kiri) kepada Baharuddin Ahmad. - Gambar fail PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman, Datuk Baharuddin Ahmad dilantik sebagai Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman baharu berkuat kuasa 25 Oktober ini.

Beliau dinaikkan pangkat daripada Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman dengan memangku Gred VUYA5 (JUSA A).

Pelantikan itu diumumkan Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin menerusi kenyataan, memaparkan pertukaran 26 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang akan memulakan tugas baharu pada 25 Oktober.

Kekosongan jawatan Timbalan Pengarah Cawangan Khas I Bukit Aman diisi Datuk Mohd Khalid Ismail dengan memangku pangkat Komisioner Polis (CP) yang kini memegang jawatan Ketua Penolong Pengarah E4 Cawangan Khas Bukit Aman.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun akan mengisi kekosongan jawatan Ketua Polis negeri berkenaan (memangku pangkat CP).

Noorsiah berkata, kekosongan ditinggalkan Muhammad Zaki pula akan diisi Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur, Datuk Azman Ayob (memangku pangkat CP).

“Pertukaran juga membabitkan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin, sebagai Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (GERAKAN) Bukit Aman (memangku pangkat CP).

“Ketua Cawangan Khas Johor, Senior Asisten Komisioner (SAC) Jalaludin Hamid dilantik ke jawatan Ketua Penolong Pengarah E4 Cawangan Khas Bukit Aman dengan memangku pangkat Deputi Komisioner Polis (DCP).

“Jawatan Timbalan Ketua Polis Johor pula akan digantikan Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, SAC S M M Kumar (memangku pangkat DCP),” katanya.

Beliau berkata, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Perak, Datuk Anuar Othman dilantik sebagai Komandan Maktab PDRM Kuala Lumpur (memangku pangkat DCP).

Manakala, katanya, Ketua Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanikal, Maktab Teknik PDRM Bakri di Muar, Johor, Asisten Komisioner (ACP) Md Khair Othman ditukar ke jawatan Ketua Penolong Pengarah (Agama dan Kaunseling), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman dan memangku pangkat Senior Asisten Komisioner (SAC).

Kedudukan Penolong Pengarah Perkhidmatan Bahagian Perkhidmatan Perjawatan, Jawatan Pengurusan Bukit Aman, ACP Mohd Faisal Yahya ditukarkan kepada Ketua Penolong Pengarah Narkotik (Pelucuthakan Harta), JSJN Bukit Aman (memangku pangkat SAC).

“Timbalan Ketua Cawangan Khas Risikan dan Operasi Pulau Pinang, ACP Nor Azizi Maarof kepada Ketua Cawangan Khas Johor (memangku pangkat SAC).

“Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Osman Mamat ditukarkan kepada Ketua Penolong Pengarah (Perancangan dan Pembangunan Dasar Strategik) Bahagian Sumber Manusia, Jabatan Pengurusan Bukit Aman (memangku pangkat SAC).

“Ketua Unit Penguatkuasaan Seksyen Wang Awam II, Bahagian Dasar Saraan Wang Awam dan Khidmat Pengurusan, Kementerian Kewangan, ACP Luqman Abdul Rahman ditukarkan ke jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak (memangku pangkat SAC),” katanya.

Pada masa sama, Noorsiah berkata, pertukaran turut membabitkan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, ACP Rupiah Abd Wahid yang ditukarkan sebagai Ketua JPJKK Johor (memangku pangkat SAC).

Jawatan Ketua Polis Daerah Taiping, katanya, akan diisi Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Razlam Ab Hamid (memangku pangkat ACP). – Getaran, 24 September 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini