Berita Terkini

4 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Saksi Utama Pendakwaan Dalam Kes VLN Ahmad Zahid Tidak Boleh Dipercayai - Hakim

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 5:11PM

Hakim Mohd Yazid berkata mahkamah mendapati notasi ‘Z’ dan ‘ZH’ yang tertera dalam lejar (UKSB) tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa tertuduh (Ahmad Zahid) menerima wang atau suapan itu - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan tiga saksi utama pendakwaan dalam kes rasuah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membabitkan 40 pertuduhan menerima rasuah berhubung Sistem Visa Luar Negara (VLN) adalah tidak boleh dipercayai, tidak boleh diharap dan tidak berwibawa.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika membacakan penghakiman lebih dua jam, berkata tiga saksi utama itu ialah bekas Pengarah Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) Harry Lee Vui Khiun, Wan Quoris Shah Wan Abdul Ghani dan David Tan Siong Sun yang merupakan saksi pendakwaan (SP) ke-15, 16 dan 17.

“Saya dapati tiga saksi utama yang dipanggil oleh pihak pendakwaan adalah tidak boleh dipercayai dan tidak mempunyai kredibiliti,” katanya.  

Hakim Mohd Yazid berkata mahkamah mendapati notasi ‘Z’ dan ‘ZH’ yang tertera dalam lejar (UKSB) tidak mencukupi untuk membuktikan bahawa tertuduh (Ahmad Zahid) menerima wang atau suapan itu.

“Saya juga mendapati walaupun ada cadangan bahawa tertuduh telah menerima sumbangan politik berjumlah RM200,000 sebanyak dua kali, namun tiada bukti yang mencukupi mengenai butir-butir di hadapan mahkamah untuk saya mengemukakan sebarang pertuduhan pindaan,” katanya.

Hakim selanjutnya berkata Harry Lee (SP15) dan Wan Quoris Shah (SP16) juga bersetuju bahawa tiada bukti bebas untuk menyokong dakwaan bahawa wang itu sebenarnya dibayar kepada Ahmad Zahid.

“Berdasarkan semua keterangan yang dikemukakan oleh pihak pendakwaan, saya dapati tiada rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dikemukakan di mahkamah, pemandu (saksi utama) tidak dipanggil, pengawal (rumah Ahmad Zahid) dan anggota polis tidak dipanggil,” katanya.

“Slip transaksi Touch ‘n Go atau log panggilan telefon dan mesej dengan tertuduh juga tidak dikemukakan (sebagai bukti),” katanya.

Merujuk kes solar Datin Seri Rosmah Mansor, Hakim Mohd Yazid berkata semua individu yang terlibat dalam proses untuk menyerahkan RM5 juta kepadanya dipanggil sebagai saksi.

“Bagaimanapun dalam kes Ahmad Zahid, saksi-saksi yang terlibat atau mempunyai pengetahuan mengenai sumber dana itu termasuk Nicole (seorang ahli perniagaan dari Hong Kong) dan dua pengurup wang tidak dipanggil sebagai saksi bagi menyokong kes pendakwaan,” katanya.

Hakim Mohd Yazid juga berkata tiga saksi utama memberi keterangan semua wang tunai dimasukkan ke dalam sampul surat berwarna coklat setiap kali penghantaran, bagaimanapun pihak pendakwaan tidak mengemukakan sebarang sampel sampul surat sebagai bukti.

“Tiada bukti untuk menunjukkan saiz sampul surat yang digunakan. Saya sendiri tidak dapat membayangkan sampul surat apa, saiz apa yang boleh memuatkan wang tunai SG$600,000 yang bersamaan kira-kira RM1.6 juta pada masa itu.

“Lebih mengejutkan, David Tan (SP17) pencipta lejar itu, mengakui semasa pemeriksaan balas bahawa penyerahan kedua wang tunai RM3 juta menggunakan sebuah bagasi adalah satu perkara yang difikirkan kemudian.

“Keterangannya oleh SP17 ini adalah lebih mencukupi bagi saya untuk menyimpulkan bahawa SP17 tidak memiliki kredibiliti,” katanya.

Untuk menyokong lagi dapatannya, hakim berkata David Tan memberi keterangan bahawa beliau akan merekodkan pembayaran pada hari yang sama atau keesokan harinya, tetapi kebanyakan ruangan ‘catatan’ di lejar dibiarkan kosong.

“SP15 juga bersetuju bahawa ruangan remark tidak menunjukkan wang telah dibayar kepada tertuduh. Ruang catatan kosong itu menimbulkan kemungkinan inferens seperti yang dicadangkan oleh pihak pembelaan bahawa wang itu boleh diagihkan antara mereka bertiga (SP15, SP16 dan SP17) kerana mereka mengekalkan gaya hidup mewah,” kata hakim.

Beliau berkata mereka masing-masing memiliki satu unit harta tanah di Pavilion, dengan SP16 juga memiliki sebuah rumah banglo di Putrajaya, satu rumah berkembar di Cyberjaya, dua Range Rovers, motosikal mewah dan membayar cukai berjumlah jutaan ringgit.

“Tanpa bukti yang kukuh, saya tidak boleh membuat dapatan bahawa wang itu sebenarnya diterima oleh tertuduh seperti yang dicadangkan oleh pihak pendakwaan berdasarkan transaksi yang direkodkan di dalam lejar kerana tiada rekod bahawa wang itu sebenarnya diterima oleh tertuduh dalam ruangan catatan,” kata hakim.

Hakim Mohd Yazid selanjutnya berkata berdasarkan keterangan tiga saksi utama itu menunjukkan bahawa Harry Lee (SP15) yang sebenarnya mengawal dan memutuskan dana tersebut dan membuat pembayaran kepada pelbagai pihak.

“Selanjutnya wang ini tidak boleh dilaporkan kepada pihak berkuasa cukai, tidak pernah dilaporkan kepada juruaudit luaran dan dalaman UKSB dan wang ini tidak ditunjukkan dalam akaun UKSB yang telah diaudit.

"Saya dapati terdapat bukti yang mencukupi untuk menunjukkan kesalahan jenayah telah dilakukan. Berdasarkan lejar (UKSB), wang yang diterima dari September 2004 hingga Ogos 2018 ialah kira-kira RM238,356,966," katanya.

Hakim Mohd Yazid berkata mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kesemua pertuduhan apabila gagal membuktikan elemen paling penting terhadap Ahmad Zahid, iaitu penerimaan wang rasuah itu.

"Berdasarkan alasan dan analisis bukti dan undang-undang di atas, saya dengan ini melepas dan membebaskan tertuduh daripada semua pertuduhan tanpa memanggil pembelaannya kerana pihak pendakwaan telah gagal mewujudkan kes prima facie," katanya.

Bagaimanapun, mengenai isu derma politik, hakim itu berkata pihak pembelaan gagal mengemukakan bukti yang menunjukkan bahawa sumbangan politik sebanyak RM200,000 telah dibelanjakan untuk tujuan politik.

Mengenai isu perbicaraan yang tidak adil dan pendakwaan terpilih yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan, beliau berkata perkara itu tidak timbul sama sekali dalam kes berkenaan.

"Saya sendiri sudah tentu sejak hari pertama menahan diri daripada terpengaruh dengan sebarang komen yang dibuat di luar mahkamah ini. Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menegakkan keadilan tanpa pilih kasih dan rasa takut atau prejudis," tambah beliau.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada kedua-dua pihak atas profesionalisme mereka dalam mengendalikan perbicaraan, membolehkan prosiding berjalan lancar tanpa sebarang permohonan interlokutori yang menyusahkan dan remeh. 

Selepas hakim selesai membacakan penghakiman lebih 100 muka surat, Ahmad Zahid yang berpakaian baju Melayu putih dan seluar hitam menjerit 'Allahu Akbar', diikuti dengan tepukan oleh ahli keluarga dan penyokong.

Ahmad Zahid mengaku tidak bersalah terhadap 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta daripada Syarikat Ultra Kirana Sdn Bhd sebagai dorongan untuk dirinya sebagai Menteri Dalam Negeri, melanjutkan kontrak syarikat itu sebagai pengendali Perkhidmatan One Stop Centre (OSC) di China dan Sistem VLN serta didakwa mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Bagi tujuh pertuduhan lain, beliau didakwa memperoleh untuk dirinya wang tunai SG$1,150,000; RM3,000,000; 15,000 Swiss Franc dan US$15,000 daripada syarikat sama yang mempunyai hubungan dengan kerja rasmi beliau.

Beliau didakwa melakukan kesalahan di Seri Satria, Presint 16, Putrajaya dan di Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Op Samba 2.0: 15 Penjawat Awam Ditahan Disyaki Terima Rasuah Lebih RM2 Juta

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Agong Kurnia Surat Cara Pelantikan Kepada 5 Hakim

3

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Pegawai JIM, 2 Orang Awam Ditahan Bantu Warga Asing Masuk Malaysia

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Bekas Setiausaha Sulit Kanan Bekas Menteri Diperintah Bela Diri Terima Rasuah RM1.77 Juta

Sorotan

1

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

2

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

OIC Kutuk Pembunuhan Beramai-ramai Berterusan Israel Di Semenanjung Gaza

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

OCPD Lahad Datu Antara Yang Disiasat Kes Kematian Anak - Polis

Semasa 4 jam yang lalu

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 17 jam yang lalu

Cakna Media Sosial: Anak-Anak Perlu Pendedahan Awal Pendidikan Digital 

Semasa 7 jam yang lalu

ANAK: Individu Tanpa Kerakyatan Menjadi ‘Hantu’ Di Negara Sendiri