web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pertemuan Sub Kontraktor Buahkan Hasil, CRCC17 Komited Lunas Bayaran - Sumber

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2022 8:59AM

Protes telah diadakan oleh kumpulan sub kontraktor dan pembekal tempatan yang terlibat dalam projek LRT3 di Shah Alam, bagi menuntut bayaran tertunggak sebanyak RM25 juta. - Tangkapan layar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu pertemuan antara China Railway 17th Bureau Group (M) Sdn Bhd (CRCC17) dan kumpulan sub kontraktor pakej GS05 dan GS06 yang belum menerima bayaran, disifatkan sebagai membuahkan hasil.

Menurut sumber, pihak CRCC17 yang berpangkalan di China, telah menyatakan komitmen untuk melunaskan bayaran kepada kumpulan sub kontraktor terbabit dalam masa terdekat.

Katanya, komitmen ini dipanjangkan dalam satu pertemuan semalam (22 September).

Perkembangan positif itu sekali gus bakal menyaksikan penyelesaian bagi isu tunggakan bayaran tersebut bermula minggu depan. 

"Pertemuan ini membuahkan hasil dan dilihat agak positif. Kami boleh melihat bahawa terdapat di kalangan kami (sub kontraktor terbabit),  sekurang-kurangnya boleh melihat 'cahaya di hujung terowong'. 

"Bagi kontraktor CCRC17, untuk memberi kenyataan tersebut menunjukkan mereka amat komited untuk menyelesaikan kemelut ini,” katanya.

Dalam masa yang sama, difahamkan, ada juga dalam kalangan sub kontraktor yang telah pun dihubungi pihak CRCC17 bagi membincangkan penyelesaian pembayaran masing-masing.

"Minggu depan, ‘bos’ CRCC17 akan menyertai pertemuan dengan semua subkontraktor yang terlibat. Adalah difahamkan pihak Prasarana dan SULRT3 akan membantu mengaturkan pertemuan tersebut. Ini bermakna penyelesaian bagi isu ini akan bermula pada minggu depan," katanya.

Sumber berkata lagi, usaha berkenaan kini memasuki fasa yang lebih positif dan pihaknya berharap keadaan akan bergerak ke arah lebih baik.

Getaran telah menghubungi Dr Chandran K, seorang daripada sub kontraktor yang menghadiri pertemuan tersebut. 

Beliau telah mengesahkan hasil perbincangan di dalam pertemuan tersebut.

“Pertemuan ini merupakan inisiatif pihak Prasarana Malaysia Berhad dan Setia Utama LRT3 Sdn Bhd. Kita melihat ianya berlangsung dengan positif dan diharapkan segala isu dapat diselesaikan dengan sebaik-baiknya kelak,” katanya. 

Sebelum ini, Getaran melaporkan SULRT3 mengesahkan bahawa telah melaksanakan pembayaran kepada semua kontraktor mengikut masa ditetapkan.

SULRT3 berkata demikian dalam satu kenyataan bagi mengulas bantahan diadakan oleh subkontraktor, susulan pelantikan dua kontraktor baharu, RKR Bina Sdn Bhd dan APEX Communications Sdn. Bhd.

Jelasnya, protes yang diadakan baru-baru ini adalah terhadap ketidakbayaran oleh CRCC17, subkontraktor utama yang dilantik oleh Apex Communications dan RKR Bina. - Getaran, 23 September 2022

Sorotan

1

El Nino Semakin Buruk, Malaysia Berisiko Berdepan Suhu Tertinggi Dalam Sejarah Tahun Depan

2

Subahat Kes Rasuah RM2.8 Juta, Zizie Izette Bebas Dan Lepas Dari 3 Pertuduhan 

3

Dataran Merdeka Bagaikan Lautan Sampah, Hannah Yeoh Luah Rasa Kecewa 

4

Andy Burnham Angkat Sumpah PM Baharu UK, Janji Rombak Ekonomi Dan Tangani Kos Sara Hidup 

5

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

6

Lelaki, Wanita Ditahan, Disyaki Berkhalwat Dalam Bilik Hotel

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Insiden Polis Tembak Di Durian Tunggal: AGC Arah Inkues Kematian 3 Lelaki

oleh Sophia Ahmad

Sukan 1 hari yang lalu

Sepanyol Tamatkan Penguasaan Argentina, Julang Piala Dunia Buat Kali Kedua 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Zahid Nafi Dakwaan Pertemuan BN-PN-GPS-GRS, Tegaskan Komitmen Kepada Kerajaan Perpaduan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Rogol, Samun Remaja 15 Tahun, Mekanik Dipenjara 20 Tahun, 7 Sebatan

oleh Sophia Ahmad