web statsweb stats

Berita Terkini

21 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 21 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khairy Yakin RUU Kawalan Produk Tembakau Dan Merokok Dapat Sokongan Majoriti Ahli Parlimen

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 8:51PM

Khairy Jamaluddin yakin RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 akan menerima sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen. - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin yakin Rang Undang-undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat bulan depan selepas dimuktamadkan beberapa pindaan, akan menerima sokongan majoriti daripada Ahli Parlimen.

Beliau berkata rang undang-undang itu masih dalam semakan dan penelitian Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen dan setakat ini, perbincangan berjalan lancar yang mana ahli-ahli jawatankuasa sedang meneliti pindaan-pindaan yang dicadangkan. 

"Secara dasarnya majoriti daripada Ahli Parlimen bersetuju dengan rang undang-undang itu. Malah, dalam surat yang ditulis oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Perdana Menteri, juga sebut bahawa secara keseluruhannya Ahli Parlimen pembangkang daripada Pakatan Harapan menyokong rang undang-undang ini.

Cuma mereka minta dibuat beberapa pindaan supaya diperjelaskan kuasa penguat kuasa, diperjelaskan soal denda dan sebagainya. Saya percaya kebanyakan daripada isu ini sudah diselesaikan dalam JPK," katanya  kepada pemberita semasa temu bual Setahun Pencapaian Sebagai Menteri Kesihatan. 

Pada 2 Ogos lepas, Dewan Rakyat bersetuju Rang Undang-undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dirujuk ke JPK Parlimen untuk diteliti serta membuat syor penambahbaikan, ketika usul itu pada peringkat bacaan kedua.

Rang undang-undang itu yang antara lain bakal melarang penjualan serta penggunaan sebarang bentuk bahan merokok termasuk rokok elektronik atau “vape” kepada individu yang dilahirkan pada 1 Jan 2007 dan seterusnya, disifatkan mengehadkan kebebasan memilih oleh beberapa Ahli Parlimen selepas ia dibentangkan pada Julai lepas.

 Ia juga menggariskan peruntukan bagi pendaftaran produk tembakau, bahan merokok atau produk pengganti tembakau, selain mengawal pengiklanan, promosi dan penajaan, penjualan serta pembelian produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok.

Khairy berkata JPK sudah tiga kali bermesyuarat dan beliau akan membawa RUU yang sudah diperkemaskan itu kepada mesyuarat JPK minggu hadapan untuk dipersetujui.

Dalam pada itu, Khairy berkata rang undang-undang itu digubal bagi membolehkan kawalan terhadap semua jenis produk merokok termasuk rokok elektronik dan beliau melihat ia sangat penting untuk diluluskan memandangkan masalah penggunaan rokok elektronik telah menjadi semakin berleluasa dalam kalangan kanak-kanak.

Ditanya bagaimana Kementerian Kesihatan (KKM) menangani kepentingan antara rakyat dan pihak industri mengenai kepentingan rang undang-undang itu, Khairy berkata KKM telah memberi penjelasan kepada badan profesional serta badan bukan kerajaan melalui beberapa siri libat urus tentang mengapa rokok elektronik perlu dikawal penjualannya sebagai produk tembakau dan tidak dibuat larangan penuh sebagaimana dilaksanakan di Thailand, Brunei dan Singapura.

"Larangan penjualan ini telah dimaklumkan kepada pihak industri dan pihak berkepentingan taruh yang terlibat menerusi beberapa siri libat urus yang telah dijalankan. Apa yang jelas, perniagaan mereka tidak terjejas kerana mereka masih boleh menjalankan urus niaga dengan kawalan di bawah rang undang-undang ini kepada golongan selain daripada yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya," katanya.

Di JOHOR BAHRU, Khairy berkata pindaan yang dibuat itu adalah sangat munasabah dan dapat memperkuatkan lagi penerimaan Ahli-ahli Parlimen tentang rang undang-undang berkenaan.

“Akta itu dimurnikan, ada sedikit sebanyak pindaan yang telah dibuat supaya diperjelaskan kuasa penguat kuasa dan diperjelaskan tentang hukuman, denda dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kejururawatan Bersama Malaysia-Singapura Ke-25  hari ini.

JPK itu dianggotai 12 Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang bagi memperincikan beberapa pindaan.

Ia dianggotai Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim; Datuk Mohd Nizar Zakaria (Parit); Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang); Datuk Mas Ermieyati Samsudin (Masjid Tanah) dan Ahmad Fadhli Shaari (Pasir Mas). 

Ia turut dianggotai Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni; Dr Kelvin Yii Lee Wuen (Bandar Kuching); R Sivarasa (Sungai Buloh); Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor); Datuk Seri Madius Tangau (Tuaran); Datuk Ignatius Darell Leiking (Penampang) dan Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (Jerlun). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Menang Saman Fitnah, Khairy Jamaluddin Peroleh Ganti Rugi RM2.5 Juta

3

Semasa 1 tahun yang lalu

RUU CCUS Dibentang Di Parlimen Disember Depan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 20 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 19 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 24 minit yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran