web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


8,000 Pakar Perubatan Keluarga Diperlukan Di Klinik KKM - Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 5:57PM

Usaha ini bertujuan memberi rawatan dan perkhidmatan terbaik kepada komuniti khususnya di kawasan luar bandar. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kira-kira 8,000 pakar perubatan keluarga diperlukan di klinik-klinik Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha untuk memberi rawatan dan perkhidmatan terbaik kepada komuniti khususnya di kawasan luar bandar.

Ketua Pengarahnya Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata bagi mencapai sasaran itu, KKM kini sedang meningkatkan kapasiti pakar perubatan keluarga menerusi program sarjana perubatan keluarga di universiti tempatan dan Program Latihan Kepakaran Parallel Pathway dengan kerjasama kolej luar negara.

Beliau berkata menerusi program latihan tersebut, setiap tahun dianggarkan antara 100 hingga 120 graduan pakar perubatan keluarga akan dihasilkan, manakala kira-kira 100 orang pakar dihasilkan menerusi program sarjana di universiti tempatan.

“Dahulu bermula dengan 42 fasiliti yang ada pakar perubatan keluarga, tetapi sekarang kita sudah tingkatkan iaitu melihat kepada subspektrum rawatan kepada komuniti dan sekarang kita ada hampir 1,100 pakar perubatan keluarga dan di KKM hampir 700 orang pakar.

“Kita inginkan kepakaran perubatan keluarga ditempatkan di klinik, sekurang-kurangnya dua orang pakar (bagi setiap klinik) supaya mereka dapat memimpin pegawai perubatan dan dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan serta keselamatan, selain menjalankan program-program outreach sampai ke kawasan pedalaman,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perubatan Saintifik Keluarga (FMS) ke-24 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Kota Kinabalu (SICC).

Dr Noor Hisham berkata penempatan pakar perubatan keluarga di klinik kesihatan akan membolehkan rawatan yang dahulunya dijalankan di hospital dilaksanakan di klinik tersebut, termasuk pemberian ubat-ubatan, sekali gus mengurangkan kesesakan di hospital.

Sementara itu ketika ditanya mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022, Dr Noor Hisham berkata ia bertujuan mencegah generasi baharu daripada memulakan tabiat merokok.

“Untuk generasi lama, kami tidak menganggu apa yang telah dilakukan pada masa dahulu.. kami memfokuskan pada generasi baharu yang dilahirkan pada 2007. Ini adalah kumpulan yang kami fokuskan untuk mencegah mereka daripada merokok, ini adalah salah satu inisiatif kami di KKM untuk pencegahan,” katanya.

RUU itu, yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 27 Julai lepas bertujuan melarang individu yang lahir pada dan selepas 1 Jan, 2007 daripada membeli atau memiliki rokok atau produk vape. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Kaamatan Bukan Sekadar Perayaan Budaya, Tapi Lambang Perpaduan - Fadillah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Bayaran Interim Geran Khas Sabah Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM

4

Semasa 1 minggu yang lalu

PM Lawat Sabah Esok, Rasmi Pesta Kaamatan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan