web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Khairy Umum Berita Gembira Buat Jururawat Kontrak, Jawatan Tetap

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 3:31PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seramai 1,136 jururawat keluaran Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan 2,804 jururawat swasta yang dilantik secara kontrak dan masih berkhidmat di KKM akan diserap ke jawatan tetap.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddinn berkata, pelantikan ke jawatan tetap itu akan dibuat secara berfasa dalam tempoh suku keempat tahun ini dan suku pertama tahun depan.

Menurut beliau, pelantikan tetap itu turut melibatkan Jururawat Masyarakat Gred 19 sebagai Jururawat Gred U29.

“Seramai 1,406 Jururawat Masyarakat Gred U19 yang telah lulus kursus Diploma Kejururawatan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) tetapi masih belum ditawarkan pelantikan tetap ke jawatan Jururawat Gred U29.

“KKM akan memfleksikan jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19 kepada jawatan Jururawat Masyarakat Gred U19/Jururawat Gred U29,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian 25th Joint Malaysia-Singapore Nursing Conference di Hotel Thistle, Johor Bahru, hari ini.

Beliau berkata, pindaan itu dilakukan bagi membolehkan Jururawat Masyarakat Gred U19 yang lulus kursus Diploma Kejururawatan PSL ditawarkan pelantikan tetap dan kekal mengisi jawatan sedia ada sebagai Jururawat Gred U29.

Katanya, dalam hal ini, KKM bercadang menggunakan 2,775 perjawatan Jururawat Masyarakat Gred U19 yang masih kosong untuk diisi graduan jururawat dari Institut Latihan KKM mahupun swasta

Dalam pada itu, Khairy berkata, KKM turut menawarkan kenaikan pangkat ke Gred U42 kepada 110 jururawat yang memiliki ijazah sarjana muda kejururawatan diiktiraf kerajaan melibatkan 50 Jururawat Gred U32 dan 60 Jururawat Gred U36.

Katanya, tawaran itu akan dibuat pada 17 Oktober depan.

“Sebanyak 49 jawatan Jururawat Gred U41/42/U44 lagi akan diisi menerusi pengambilan tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang akan dilaksanakan pada suku pertama tahun 2023.

“KKM mengunjurkan sebanyak 226 jawatan Jururawat Gred U41/42/U44 diwujudkan dalam tempoh 2023 hingga 2025 iaitu sebanyak 63 jawatan pada 2023, 125 jawatan (2024) dan 38 jawatan lagi pada 2025,” katanya.

Beliau berkata, jumlah tersebut tidak termasuk unjuran pewujudan sebanyak 7,434 jawatan Jururawat Gred U29, Gred U32 dan Gred U36 dalam tempoh yang sama.

“Berdasarkan unjuran pewujudan sebanyak 226 jawatan Jururawat Gred U41/42/U44 ini, KKM akan menguruskan pelantikan tetap dan menawarkan kenaikan pangkat kepada pegawai yang layak mengikut tahun berkenaan.

“Jururawat Masyarakat sedia ada juga akan ditawarkan kursus Diploma Kejururawatan PSL yang dilaksanakan secara sepenuh masa dalam tempoh setahun,” katanya.

Dalam pada itu, Khairy berkata, KKM turut menggalakkan Jururawat Masyarakat untuk mengikuti kursus Diploma Kejururawatan PSL supaya mereka boleh dipertimbangkan peningkatan dalam kerjaya sebagai Jururawat Gred U29.

Bagaimanapun katanya, jika Jururawat Masyarakat yang tidak layak atau tidak mahu mengikut kursus ini, jawatan yang disandang akan terus dikekalkan hingga mereka meninggalkan jawatan tersebut. – Getaran, 22 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

2

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

3

Semasa 8 bulan yang lalu

KKM Tawar Pemeriksaan Menyeluruh, Sokongan Psikososial Kepada Sukarelawan GSF

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad