web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Maklumat Keadaan Kesihatan Najib Tetap Dirahsiakan - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2022 12:18PM

Dr Noor Hisham Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) tidak akan mendedahkan maklumat terperinci mengenai keadaan kesihatan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melainkan diarahkan mahkamah untuk mengemukakannya.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kementerian itu bertanggungjawab mematuhi tata etika kerahsiaan pesakit di bawah Akta Perubatan 1971 (Pindaan 2012).

“Sebarang maklumat terperinci mengenai kesihatan seseorang pesakit hanya boleh dikemukakan kepada Mahkamah (sekiranya diarahkan Mahkamah).

“Laporan perubatan mengenai penyiasatan klinikal, perawatan dan pemantauan (Najib) akan dikemukakan kepada mahkamah (atas perintah mahkamah),” katanya menerusi satu hantaran di Facebook, hari ini.

Najib Razak - Gambar fail
Najib Razak - Gambar fail

Semalam, Jabatan Penjara mengesahkan Najib dihantar ke Hospital Rehabilitasi Cheras (HRC) untuk rawatan dan pemantauan lanjut, sejak Isnin lalu, berdasarkan rujukan Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menurut kenyataan jabatan itu, Najib akan dihantar semula ke Penjara Kajang untuk menjalani hukuman sebaik sahaja pakar perubatan HRC atau HKL memberikan pelepasan perubatan ke atasnya.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan dakwaan yang tersebar di media sosial bahawa Najib, yang dirujuk sebagai "Merpati" dalam mesej tanpa nama diberikan akses ke dunia luar dan menerima layanan istimewa semasa berada di penjara.

Najib dihantar ke HKL untuk rawatan oleh pakar perubatan susulan perintah Mahkamah Tinggi pada 12 September lalu selepas keadaan kesihatannya tidak memuaskan.

Ahli Parlimen Pekan itu memulakan hukumannya bulan lalu di Penjara Kajang selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atasnya terhadap kesemua tujuh pertuduhan dalam kes rasuah RM42 juta SRC International Sdn Bhd. – Getaran, 22 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

2

Semasa 2 tahun yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sah, Hukuman Penjara Najib Dikurang 6 Tahun

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jasmine Loo Saksi Penting Dalam Perbicaraan Kes 1MDB, Najib - Pegawai Penyiasat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad