web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tommy Thomas Prejudis, Fobia Orang Melayu - Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 9:27PM

Zahid mengecam kenyataan mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang mendakwa kerajaan dominasi Melayu di negara ini menunjukkan prestasi amat buruk. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengecam kenyataan mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas yang mendakwa kerajaan dominasi Melayu di negara ini menunjukkan prestasi amat buruk.

Tegas beliau, kenyataan tersebut disifatkan sebagai ‘Malaymophobia’ atau fobia kepada orang Melayu, tidak bertanggungjawab dan sensitif kepada masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Malah Ahmad Zahid turut melihat Tommy terlalu obses dan prejudis hingga melabel etnik Melayu tanpa melihat perspektif menyeluruh dan luas.

“Beliau (Tommy) menyatakan "kegagalan kerajaan Melayu" ketika ini didominasi oleh orang Melayu. Beliau memuji kerajaan PH (Pakatan Harapan) pula sedangkan kerajaan PH (selama) 22 bulan dahulu ditadbir juga oleh orang Melayu.

"Sebagai rakyat Malaysia kita perlu menolak sikap rasis yang boleh mengugat keharmonian kaum. Biarlah kita bersikap 'dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung' dan hayatilah peribahasa 'bersatu kita teguh bercerai kita roboh'," katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Pada Sabtu lalu, Tommy pada forum 'Dark Forces Towards GE15' di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini, mendakwa dua pentadbiran selepas kejatuhan PH pada 2020 yang didominasi pemimpin Melayu adalah kerajaan gagal.

Ahmad Zahid berkata, sikap perkauman Tommy bukan baharu kerana dalam bukunya, mantan Peguam Negara itu pernah mendakwa parti Melayu sentrik selepas PH membawa bencana (disastrous consequences).

"Beliau tidak wajar menuduh secara pukal yang jelas mencerminkan sikap prejudis seolah-olah adanya sikap 'Malaymophobia'. Tommy Thomas lupa statistik 2021 bahawa Melayu dan Bumiputera mewakili 69.8 peratus daripada penduduk, etnik India 6.8 peratus dan Cina 22.4 peratus.

“Apa makna statistik ini? Ini bermakna mana-mana parti politik tidak boleh mengabaikan etnik yang membentuk majoriti dalam apa-apa keputusan politik dan pembentukan kerajaan," katanya.

Dalam pada itu beliau menegaskan, agihan jawatan Kabinet perlu mencerminkan dan berdasarkan jumlah populasi negara, kaedah yang sudah dilaksanakan sejak dulu serta diterima secara menyeluruh dan menjadi amalan demokrasi tanpa mengabaikan etnik minoriti.

Katanya, orang Melayu dan Bumiputera terkenal dengan sikap bertolak ansur dan tidak rasis.

“Buktinya terdapat ramai di antara mereka yang cemerlang di peringkat asasi dan matrikulasi mencapai Himpunan Purata Nilai Gred (HPNG) 4.0 namun kurang berpeluang untuk mengikuti kursus diminati seperti bidang perubatan.

“Namun mereka tidak gunakan isu ini sebagai mereka dipinggirkan dan tak pula mereka dengki terhadap etnik lain yang mendapat tempat tersebut,” katanya.

Menurut Ahli Parlimen Bagan Datuk itu lagi, Tommy mungkin sudah lupa bagaimana beliau boleh menjawat jawatan berkenaan walaupun dikecam kerana tidak fasih berbahasa Melayu.

“Tommy lupa kedudukan beliau capai hingga dilantik sebagai Peguam Negara oleh Yang di-Pertuan Agong disebabkan Malaysia sebuah negara harmoni dari segi perpaduan walaupun dikecam kerana tidak fasih bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan negara,” katanya. - Getaran, 20 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

Desak Letak Jawatan: ‘Saya Jumpa Presiden Untuk Mohon Maaf Secara Peribadi’ - Onn Hafiz 

2

Politik 1 bulan yang lalu

Politik Melayu Akan Lemah Jika Terus Dibelenggu Perpecahan - Ahmad Zahid

3

Kolum 1 bulan yang lalu

Mampukah Zahid Bergelar Perdana Menteri? 

4

Politik 1 bulan yang lalu

UMNO Tidak Pernah Berhasrat Jadi Pembangkang Di Negeri Sembilan - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad