web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Laksanakan Segera SSPA Baharu Demi Keperluan Semasa Penjawat Awam - CUEPACS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 5:21PM

Adnan Mat - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta melaksanakan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) baharu melalui Belanjawan 2023 yang bakal dibentang pada 7 Oktober ini bagi terus memperkasa sistem perkhidmatan awam negara.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat berkata, SSPA baharu perlu dilaksanakan segera dengan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan, membabitkan saraan dan perkhidmatan, agar kekal relevan dengan keperluan semasa penjawat awam.

Katanya, permintaan ini adalah selaras dengan komitmen Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sempena Majlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam pada 30 Ogos lalu, bagi menyegerakan kajian ke atas SSPA supaya ia dilaksanakan dalam masa terdekat.

“SSPA baharu perlu dilaksanakan segera dengan mengambil kira keseluruhan aspek modal insan melibatkan saraan dan perkhidmatan, agar kekal relevan dengan keperluan semasa penjawat awam..

“Pelaksanaan SSPA perlu merangkumi aspek gaji minimum baharu, sesuai dengan peningkatan kos sara hidup semasa serta keperluan latihan dan pembangunan bagi meningkatkan kecekapan perkhidmatan awam.

“Kedua-dua perkara tersebut perlu selari, bagi memastikan penjawat awam dapat menyampaikan sistem perkhidmatan awam dengan lebih berkesan kepada rakyat yang sentiasa dahagakan perkhidmatan terbaik,” katanya hari ini.

Pada masa sama, Adnan berkata, CUEPACS berharap kerajaan dapat meluluskan segera peruntukan tambahan bagi penebusan awal hadiah wang tunai gantian cuti rehat (GCR).

Menurutnya, CUEPACS mendapati peruntukan disediakan di setiap kementerian dan jabatan bagi menebus GCR 80 hari seperti yang dikuatkuasakan tidak mencukupi dan sudah habis digunakan.

Beliau berkata, keperluan peruntukan tambahan perlu disegerakan bagi tujuan tersebut untuk memberi peluang kepada penjawat awam yang memerlukannya.

Mengulas lanjut, Adnan berkata, pihaknya berharap kerajaan dapat mengembalikan semula hak rundingan antara majikan dan pekerja dalam setiap perkara, membabitkan perkhidmatan serta pelaksanaan pekeliling baharu.

“Amalan rundingan ini sudah lama dijalankan kerana ia mampu mencapai keputusan yang memberikan manfaat antara kedua-dua pihak.

“Pengurusan tertinggi perkhidmatan awam wajar mencontohi kepimpinan Perdana Menteri yang sentiasa berunding dan mendengar suara penjawat awam, sebelum melaksanakan sesuatu keputusan,” katanya.

Selain itu, Adnan berkata, kerajaan wajar mengikut jejak langkah sektor swasta yang sudah melaksanakan gaji minimum RM1,500 sejak Mei lalu, bagi mengimbangi keperluan semasa penjawat awam.

Jelasnya, had gaji permulaan memasuki perkhidmatan awam perlu ditingkatkan memandangkan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) sudah dimansuhkan, menjadikan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebagai keperluan minimum.

CUEPACS, katanya, yakin penetapan gaji minimum baharu untuk sektor awam dengan diikuti latihan dan pembangunan, mampu meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

“Situasi ekonomi semasa yang menyaksikan peningkatan harga rumah dan kejatuhan mata wang, memerlukan penetapan gaji minimum baharu di atas pendapatan garis kemiskinan (PGK).

“Usaha ini juga dilihat mampu mengurangkan tekanan kepada penjawat awam yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup.

“CUEPACS yakin dengan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang sentiasa bersama penjawat awam untuk melaksanakan agenda memperkasakan perkhidmatan awam,” katanya. – Getaran, 20 September 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 tahun yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

3

Semasa 2 tahun yang lalu

CUEPACS Bantah Benarkan Pelajar Asing Bekerja Di Malaysia

4

Semasa 2 tahun yang lalu

CUEPACS Harap KPPA Baharu Beri Keutamaan Segerakan Pelaksanaan Kadar Upah Yang Adil

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran