web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pelantikan Khaidhirah Sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Perfileman Wajar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 4:00PM

Zahidi Zainul Abidin - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin mempertahankan pelantikan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO Datuk Khaidhirah Abu Zahar sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Perfileman dan Industri Muzik Malaysia, sebagai wajar dan layak memegang jawatan itu.

Mengulas kritikan sesetengah pihak yang mendakwa pelantikan Khaidhirah sebagai pengerusi majlis penasihat itu sebagai lantikan politik, Zahidi berkata tidak ada masalah untuk melantik ‘orang politik’ yang layak.

Beliau berkata Khaidhirah yang juga Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka merupakan seseorang individu yang mudah didekati oleh masyarakat, justeru lebih banyak komen membina dapat diterima daripada orang awam bagi menambah baik bidang perfileman.

“Apa masalah kalau lantik orang politik? Kebanyakan GLC (syarikat berkaitan kerajaan), penasihatnya kita lantik bekas pesara kerajaan, pesara politik dan juga orang politik. Itu menjadi kebiasaan untuk dilantik kerana mereka layak,” katanya ketika ditemui media selepas Majlis Jasamu Dikenang 2022 Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November tahun lepas, Khaidhirah memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim sekali gus melakar sejarah sebagai selebriti pertama bergelar wakil rakyat.

Sebelum menyertai politik, Khaidhirah atau lebih dikenali sebagai Dira aktif dalam dunia lakonan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa pada 17 Sept mengumumkan penubuhan Majlis Penasihat Perfileman dan Industri Muzik Malaysia bagi menggubal dasar-dasar lebih proaktif ke hadapan untuk membantu pemain industri berkenaan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 22 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Nahas Di Lebuhraya AMJ: Bayi Lelaki Terpelanting Keluar Disahkan Selamat

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Mayat Balut Dengan Tilam: Konflik Akibat Dadah Punca Pembunuhan - Polis

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Bau Busuk Dedah Penemuan Ngeri, Mayat Repus Dijumpai Dibalut Dalam Tilam 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar