web statsweb stats

Berita Terkini

5 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 5 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


5 Mangsa Sindiket Kerja Di Kemboja Berjaya Dibawa Pulang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2022 9:12AM

Kementerian Luar dalam kenyataan malam tadi memaklumkan, kelima-lima individu berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang semalam - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima lagi rakyat Malaysia yang menjadi mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja, berjaya diselamatkan dan pulang ke tanah air semalam.

Kementerian Luar dalam kenyataan malam tadi memaklumkan, kelima-lima individu berkenaan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melalui penerbangan MH755 pada 2 petang semalam.

Perkembangan itu menjadikan bilangan kes mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan di Kemboja yang berjaya diselamatkan sehingga hari ini adalah seramai 143 orang, daripada 158 kes yang dilaporkan. 

“Daripada bilangan mangsa yang diselamatkan, 29 masih berada dalam depoh tahanan imigresen di Kemboja manakala selebihnya telah pulang ke tanah air.

“Kedutaan Besar Malaysia di Phnom Penh terus giat menjalankan usaha untuk menjejaki rakyat Malaysia, yang dilaporkan menjadi mangsa sindiket penipuan ini di Kemboja,” menurut kenyataan itu. 

Selain Kemboja, Kementerian Luar Negeri melalui Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia yang lain sedang mempergiatkan usaha untuk menyelamatkan rakyat negara ini yang menjadi mangsa sindiket di Laos, Myanmar dan Thailand.

Berdasarkan rekod, seramai 16 orang rakyat Malaysia di Thailand, 27 di Laos dan lima di Myanmar, yang menjadi mangsa sindiket berjaya diselamatkan.

Sementara itu, bilangan yang sedang dijejaki pula adalah seramai 12 orang di Thailand, 28 di Laos dan 54 orang di Myanmar.

“Kedutaan-Kedutaan Besar Malaysia di negara terbabit, akan terus melipatgandakan usaha dan bekerjasama dengan pihak berkuasa negara-negara itu, dalam usaha mengesan dan menyelamatkan mangsa-mangsa sindiket berkenaan,” menurut kenyataan itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 17 minit yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad