KUALA LUMPUR - Seorang mahasiswa Universiti Al Azhar warganegara Malaysia ditahan pihak berkuasa Mesir, kata Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah.
Menerusi kenyataan malam tadi, Saifuddin mengesahkan susulan penahanan itu, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa Mesir untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kes itu.
“Kementerian Luar akan terus memantau perkembangan kes ini menerusi Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah dan akan menghulurkan bantuan konsular sewajarnya kepada mahasiswa berkenaan,” tambah kenyataan itu. - Bernama

