web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Jamin Bajet 2023 Tidak Pinggir Usaha Perkasa Komuniti Cina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2022 7:03AM

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyampaikan ucapan pada majlis penutupan Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-17 dan Persembahan Budaya di Dewan Sekolah Tinggi Chung Hua - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan kerajaan tidak akan meminggirkan usaha memperkasa masyarakat Cina, sama ada di bandar atau luar bandar dalam pembentangan Bajet 2023 pada 7 Oktober di Dewan Rakyat.

Perdana Menteri berkata, kerajaan akan memastikan Bajet 2023 yang disediakan adalah berteraskan kesejahteraan dan kebajikan rakyat secara menyeluruh.

“Bajet 2023 juga akan mengambil kira cabaran bakal dihadapi pada tahun depan,” katanya dalam ucapan sempena Majlis Penutup Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan Ke-37 2022 di sini, malam tadi.

Pesta Kebudayaan Cina Kebangsaan adalah program tahunan bertujuan meningkatkan kesedaran generasi muda mengenai warisan dan budaya Cina, namun ia tidak dapat diadakan sejak dua tahun lalu berikutan penularan pandemik COVID-19.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun; Duta Besar China di Malaysia, Ouyang Yujing dan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong), Tan Sri Dr Goh Tian Chuan.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan amat prihatin dengan kesulitan dihadapi Keluarga Malaysia dan sentiasa berusaha untuk meringankan beban ditanggung, khususnya berkaitan kenaikan harga barangan keperluan.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa menggalakkan penganjuran program kebudayaan pelbagai bangsa di negara ini, termasuk kebudayaan kaum Cina.

Jelasnya, kerencaman identiti dan budaya yang ada dalam kalangan masyarakat Malaysia sewajarnya merapatkan hubungan antara kaum supaya boleh mempelajari falsafah setiap budaya yang berbeza.

Justeru, beliau menggalakkan Huazong meneruskan usaha, termasuk penganjuran program kebudayaan pada masa akan datang.

“Kerajaan juga sentiasa menyokong program anjuran agensi kerajaan demi mengukuhkan perpaduan Keluarga Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan melaksanakan langkah bagi menjadikan Malaysia negara maju dan berbudaya melalui Dasar Kebudayaan Negara (DAKEN) 2021.

Katanya, DAKEN berperanan memartabatkan dan memelihara seni, budaya serta warisan Keluarga Malaysia agar tidak hilang ditelan zaman.

“Kementerian Perpaduan Negara sudah memperkenalkan rangka tindakan, KAMI @Pelan Perpaduan Keluarga Malaysia 2021-2025 yang dilancarkan pada 28 November lalu.

“Di bawah pelan ini, konsep Keluarga Malaysia diterjemahkan melalui aktiviti dan program berteraskan perpaduan,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 13 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad