web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PerantiSiswa Keluarga Malaysia Mula Diagih

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2022 5:31PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri berhubung pemberian tablet percuma kepada penerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia kini mula dilaksanakan penyalurannya kepada golongan mahasiswa dikenal pasti, termasuk di Kelantan.

Menurut kenyataan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM), proses penyerahan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di negeri berkenaan hari ini, menyaksikan seramai 979 mahasiswa menerima tablet terbabit daripada 6,761 permohonan yang layak.

“Sebanyak 6,761 permohonan PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Kelantan sudah diluluskan dan akan diagihkan secara berperingkat.

“Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia ini diterajui K-KOMM dengan kerjasama Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),” menurut kenyataan itu.

Pengagihan diadakan di Kolej Matrikulasi Kelantan itu disempurnakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Turut hadir, Pengarah Kolej Matrikulasi Kelantan, Nor Haslida Tahir dan Pengarah Politeknik Kota Bahru, Rosli Idris.

Menerusi kenyataan itu, dimaklumkan permohonan fasa kedua PerantiSiswa Keluarga Malaysia dibuka sehingga 30 September ini.

Permohonan boleh dibuat secara dalam talian menerusi laman sesawang perantisiswa.kkmm.gov.my.

Ismail Sabri ketika berucap pada Majlis Pelancaran Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Shah Alam, Selangor, baru-baru ini berkata, kerajaan bersetuju memberikan tablet secara percuma kepada semua penerima PerantiSiswa Keluarga Malaysia, bagi meringankan bebanan mahasiswa dalam kalangan B40.

Beliau berkata, pemberian membabitkan tablet jenama terkenal itu juga sebagai penghargaan, selain diharap menjadi pemangkin bagi penerima untuk belajar bersungguh-sungguh sehingga memperoleh keputusan cemerlang.

Katanya, penerima tidak perlu memulangkan semula peranti tersebut selepas pengajian seperti mana diumumkan menerusi Konsep Guna Pakai (KGP).

“Bagi memastikan proses pengajian pelajar B40 terus terpelihara, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM450 juta menerusi Bajet 2022 bagi melaksanakan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia.

“Menerusi inisiatif ini, pelajar B40 akan menerima sebuah peranti berbentuk tablet, yang boleh dimanfaatkan sepanjang proses pembelajaran sehinggalah mereka menamatkan pengajian nanti.

“Justeru, pada hari ini sukacita saya mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi terus peranti berupa sebuah tablet berjenama terkenal ini kepada semua penerima. Tak perlu pinjam, tak perlu pulang balik,” katanya. - Getaran, 18 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Dana RM700 Juta: 'Ya, Kami Ambil Keterangan Ismail Sabri' - SPRM

2

Politik 3 tahun yang lalu

RoS Perlu Tangguh Pemilihan UMNO Hingga Siasatan Selesai? Ini Pandangan Pakar

3

Politik 3 tahun yang lalu

Tidak Bersara, Ismail Sabri Akan Terus Aktif Politik Walaupun Bukan Lagi Naib Presiden

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Penjenamaan Keluarga Malaysia 341 Kali Ganda Lebih Mahal Berbanding Keluarga Prihatin

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam