web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Media Harus Dibenar Beroperasi Secara Bebas - Mantan Pengerusi Media Prima

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 2:34PM

Johan Jaafar - Gambar dari Wikimedia Commons pic

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Pengerusi Media Prima Berhad, Tan Sri Johan Jaafar, bimbang dengan tahap kebebasan media, susulan perkembangan semasa membabitkan dua syarikat akhbar utama negara.

Ia berikutan perubahan mendadak pengurusan pengarang di New Straits Times (NST) yang didakwa bertentangan dengan kemahuan kakitangannya serta isu membabitkan mantan Ketua Pengarang The Edge berdepan pertuduhan fitnah jenayah, berhubung liputan manipulasi saham ‘penny’.

Johan menerusi satu kenyataan kepada NST berkata, beliau menyokong kepimpinan mantan Pengarang Kumpulan akhbar itu, Ahmad Lokman Mansor yang bertanggungjawab memastikan laporan agensi berita itu seimbang.

“Saya tidak boleh terima bahawa seorang pengarang yang membantu menghidupkan kembali NST, dibuang.

“Saya sentiasa bersama Ahmad Lokman kerana keberaniannya. Disebabkan beliau, NST kini menjadi sebuah akhbar yang semakin diterima,” katanya.

Johan turut melahirkan kebimbangan sama membabitkan mantan Ketua Pengarang The Edge, Ahmad Azam Mohd Aris yang berdepan pertuduhan fitnah mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana menerbitkan dua artikel di bawah kendaliannya.

“Saya percaya kedua-dua artikel itu dilaporkan secara adil berhubung manipulasi saham ‘penny’.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sudah memberi jaminan bahawa media seharusnya kekal bebas dan beroperasi tanpa campur tangan mana-mana pihak,” katanya.

The Vibes sebelum ini melaporkan Ahmad Lokman digantikan daripada jawatannya sebagai Pengarang Kumpulan NST, susulan dakwaan campur tangan pemimpin UMNO iaitu Datuk Johari Abdul Ghani dan ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Rauf bagaimanapun menafikan dakwaan terbabit.

Ahmad Lokman digantikan oleh Farrah Naz Karim berkuat kuasa 15 September lalu.

Mengulas lanjut, Johan berkata, landskap media kini sudah berubah secara drastik, berbanding ketika kebanyakan organisasi media dimiliki atau dikuasai parti politik.

“Masa sudah berubah dan begitu juga dengan dinamik perniagaan media. Perniagaan media adalah perniagaan untuk pengamal media.

“Sekarang adalah masa untuk mengukuhkan komitmen kewartawanan untuk memastikan ‘Fourth Estate’ (kekuatan keempat) adalah asas demokrasi,” katanya. - The Vibes, September 17, 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Kerajaan Komited Hidupkan Prinsip Masyarakat Madani Menerusi Media Yang Adil Dan Berfakta

2

Semasa 3 tahun yang lalu

Aspek Kebebasan Media Tunjuk Perubahan Memberangsangkan - Johan Jaafar

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Saya Hormat Kebebasan Media, Tapi Akan Tegur Jika Laporan Menimbulkan Fitnah - Fahmi

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Semak Semula Akta Lapuk Media - Tokoh Wartawan

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad