web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Tahanan Lokap Terima Layanan Istimewa, Diberi Kipas Tidak Benar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2022 7:03AM

Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah memberikan sebarang layanan istimewa kepada mana-mana tahanan di dalam lokap - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan wujud layanan istimewa terhadap mana-mana tahanan, termasuk melibatkan pegawai polis seperti tular di media sosial adalah palsu dan fitnah semata-mata. 

Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, tiada sebarang arahan atau kebenaran untuk memberikan layanan seperti didakwa.

Beliau menegaskan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah memberikan sebarang layanan istimewa kepada mana-mana tahanan di dalam lokap.

“Layanan istimewa yang didakwa menerusi media sosial itu sama sekali tidak benar. 

“Pemeriksaan juga sentiasa dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan ianya (arahan) dipatuhi,” katanya menerusi kenyataan.

Arjunaidi berkata, hasil siasatan pihaknya mendapati gambar tular itu diambil seorang anggota yang merakamkannya dari sudut menampakkan kipas angin dihalakan ke sel dihuni pegawai polis tersebut.

Menurutnya, siasatan turut merekodkan kipas itu dibekalkan untuk kegunaan anggota bertugas di ruang bersebelahan. 

“Ekoran itu, seorang pegawai rendah polis berpangkat lans koperal berumur 28 tahun ditahan bagi membantu siasatan. 

“Suspek akan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi, Seksyen 203A Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia. 

“PDRM tidak akan berkompromi terhadap salah laku mana-mana pihak, termasuklah pegawai atau anggotanya sendiri,” katanya. 

Terdahulu, tular hantaran di media sosial berkaitan layanan istimewa didakwa diberikan kepada beberapa pegawai polis yang ditahan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

Namun, hasil semakan Getaran mendapati gambar tersebut sudah dipadam selepas perkara itu mendapat perhatian pihak tertinggi PDRM. - Getaran, 17 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 minit yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad