web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


‘Perginya Seorang Bintang’: Lebih Ramai Tampil Berkongsi Kisah Indah Bersama Samy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 9:47PM

Sultan Nazrin Shah berkenan memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Presiden MIC, Tun Dr S. Samy Vellu di kediamannya di Lengkungan Vethavanam. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Malaysia ini seharusnya didedikasikan untuk mengenang sumbangan mendiang bekas Presiden MIC dan Menteri Persekutuan, Tun S. Samy Vellu.

Ketika bercakap kepada pemberita selepas memberikan penghormatan kepada mendiang Samy Vellu di kediamannya di Jalan Ipoh, bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, rakyat, tanpa mengira etnik telah mendapat manfaat hasil kerja keras bekas Ahli Parlimen Sungai Siput itu.

“(Samy) bukan hanya peminpin dalam komuniti India. Berdasarkan pengalaman saya, beliau sentiasa mengambil berat semua orang, tanpa mengira bangsa dan agama,'' kata Shahrizat.

''Memandangkan hari ini adalah Hari Malaysia, kita sepatutnya mengenang sumbangan beliau kepada penduduk di Sabah dan Sarawak.

''Beliau juga mengimbau kembali ketika menjadi Ahli Parlimen Lembah Pantai, di mana Samy menunjukkan kepadanya dan pemimpin muda yang lain di Parlimen dengan memaparkan nilai kepimpinan dan mempamerkan nilai empati yang baik.

''Beliau adalah seorang mentor yang baik, saya mempelajari banyak perkara daripadanya, termasuk bagaimana seorang pemimpin yang baik bukan hanya mempunyai wawasan malah hati yang baik juga,'' katanya sambil menambah Samy sentiasa turun padang untuk bertemu orang ramai.

Bekas Ketua Wanita UMNO itu meratapi pemergian mendiang dengan berkata: ''Sekarang, hilangnya sebutir bintang.''

Turut kelihatan memberikan penghormatan terakhir ialah Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, yang mengimbau bagaimana mendiang bapanya, Karpal Singh, yang pernah berdebat dengan Samy.

"Walaupun mereka berbeza pendapat di Parlimen, mereka mempunyai hubungan rapat," kata Ahli Parlimen DAP itu kepada pemberita.

“(Samy) sentiasa bersedia untuk bertemu dan berbincang untuk memastikan keputusan terbaik untuk rakyat'' sambil menambah bahawa Samy sentiasa menghulurkan bantuan dan tidak keberatan membantu jika diperlukan.

''Kami tiada masalah untuk bekerja bersama. Beliau sentiasa cuba untuk mencari penyelesaian yang memberikan manfaat kepada semua pihak,'' katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan atau Tok Mat, turut mengucapkan takziah kepada keluarga Samy.

Beliau memberitahu, Samy dianggap sebagai individu "progresif", seperti yang ditunjukkan dan bagaimana idea untuk satelit Malaysia Measat 1 diwujudkan semasa Samy menjadi Menteri Komunikasi.

Dalam pada itu, Sultan Nazrin Shah berkenan memberikan penghormatan terakhir kepada Samy di kediamannya pada 10 pagi. Ditemani beberapa pengawal, baginda disambut oleh Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan.

Sebelum masuk ke dalam rumah, Sultan Nazrin menandatangani buku takziah yang ditempatkan di luar rumah. Bagaimanapun baginda tidak bercakap dengan pemberita.

Tidak lama kemudian, Menteri Kewangan,  Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz turut hadir dan tokoh-tokoh lain yang turut memberikan penghormatan terakhir ialah Tan Sri Leo Moggie dan Ketua Polia Sentul, Beh Eng Lai.

Samy Vellu yang dilahirkan pada 8 Mac, 1936, meninggal dunia kira-kira jam 7 pagi semalam di kediamannya pada usia 86 tahun.

Samy Vellu yang memimpin MIC dari 1981 hingga 2010 merupakan antara pemimpin paling lama memegang jawatan dalam Kabinet, iaitu kira-kira tiga dekad bermula sebagai Menteri Kerja Raya pada 1979.

Jasadnya dibawa ke Krematorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Cheras, pukul 3 petang tadi. - The Vibes, 16 September 2022 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 11 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan