web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hari Malaysia Tonjol Identiti, Keunikan Negara - Nancy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 7:54PM

Pengunjung yang hadir memakai pakaian berkonsepkan tahun 60-an sempena Sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan A'Famosa Banda Hilir malam ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan di Banda Hilir yang julung kali diadakan di luar Semenanjung, dilihat mampu menonjolkan identiti dan keunikan negara yang kaya dengan warisan serta kepelbagaian kaum kepada pelancong luar negara.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata ia juga dapat memperkenalkan budaya Malaysia kepada pengunjung terutamanya dari luar negara berikutan Melaka juga dikenali antara destinasi utama pelancongan di negara ini.

“Dengan tema era 50-an dan 60-an serta etnik kaum masing-masing sudah pasti ramai hadir untuk meraikan dan menyaksikan sambutan yang diadakan pertama kali di luar Sabah dan Sarawak.

“Jadi mereka dapat menyaksikan juga kepelbagaian kita dari segi pemakaian yang dipakai kaum-kaum  terdapat di Malaysia yang mempunyai keunikan tersendiri,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nancy berkata pemilihan Melaka sebagai tuan rumah yang juga tapak bersejarah bagi pengisytiharan tarikh kemerdekaan secara tidak langsung memberi nilai tambah dalam merancakkan lagi sektor pelancongan negara.

"Setelah dua tahun tanpa sambutan secara fizikal, kita yakin rakyat negara ini tentunya teruja untuk meraikannya dan saya terharu melihat sambutan orang ramai yang datang awal ke sini seperti penganjuran pada Hari Kebangsaan sebelum ini.

"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada semua rakyat Malaysia dan kitalah orang yang akan menentukan hala tuju negara ini untuk menjadi sebuah negara yang lebih maju, lebih membangun dan lebih berbudaya seperti mana kita mahukan selama ini," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, penganjuran Hari Malaysia tahun ini juga dilihat membawa limpahan rezeki kepada penggiat industri pelancongan dan peniaga kecil untuk menambah pendapatan.

"Ini satu daripada daya tarikan yang amat menarik untuk Malaysia terutama festival seperti ini dan akhirnya menjadi satu acara kita untuk menjana pendapatan kepada negara.

"Banyak pengusaha kecil dapat menggunakan peluang ini untuk menjana pendapatan seperti penjual makanan, kraftangan dan sebagainya. Oleh itu, kita harus bersyukur untuk terus menyokong apa-apa jua aktiviti yang kita anjurkan demi rakyat Malaysia," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad