web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ratu Elizabeth II Mangkat: Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke UK

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2022 2:24PM

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke United Kingdom di Kompleks Bunga Raya KLIA hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEPANG - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berangkat ke United Kingdom (UK), London bagi memberi penghormatan terakhir kepada Ratu Elizabeth II yang mangkat pada 8 September lalu.

Lawatan khas Al-Sultan Abdullah bagi memenuhi jemputan rasmi kerajaan UK selama enam hari bermula hari ini, diiringi Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Pesawat khas membawa Seri Paduka berdua berlepas dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pada jam 10.30 pagi.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Kamarudin Jaffar hadir mengucapkan selamat berangkat kepada Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah.

Sebelum berangkat, Pegawai Agama Istana Negara Datuk Munir Md Salleh membacakan doa selamat bagi memohon perlindungan dan keselamatan keberangkatan Seri Paduka berdua.

Seri Paduka berdua berkenan melintasi barisan pasukan Kawalan Kehormat Diraja sebelum menaiki pesawat.

Dalam rangka lawatan khas itu, Seri Paduka berdua akan menghadiri Majlis Resepsi Bersama Raja Britain Raja Charles III pada Ahad ini dan istiadat pemakaman negara Ratu Elizabeth II keesokannya di Westminster Abbey.

Al-Sultan Abdullah turut dijadual mengadakan pertemuan dengan beberapa ketua negara asing semasa berada di UK.

Menurut laporan media, jasad Ratu Elizabeth II, Raja Britain paling lama menduduki takhta yang mangkat pada usia 96 tahun, kini berada di London dan ditempatkan di Westminster Hall sehingga istiadat pemakaman negara diadakan.

Baginda adalah raja kedua paling lama menduduki takhta dalam sejarah Eropah selepas Raja Perancis Louis XIV.

Ratu Elizabeth II semasa pemerintahannya pernah melawat Malaysia sebanyak tiga kali, iaitu pada 1972 bagi lawatan khas, 1989 sempena mesyuarat Ketua Negara Komanwel ke-11 dan 1998 sempena Sukan Komanwel ke-16.

Seri Paduka berdua pula pernah mengadakan kunjungan hormat dan memenuhi undangan majlis santapan tengah hari bersama Ratu Elizabeth II di Istana Buckingham pada 13 Disember 2019 ketika lawatan khas ke England.

Al-Sultan Abdullah menjalin persahabatan dengan Raja Charles III sejak lebih empat dekad dan pernah bersukan polo berkuda bersama-sama ketika zaman remaja di pelbagai peringkat kejohanan antarabangsa.

Malaysia dan UK mempunyai hubungan dua hala yang rapat sejak kemerdekaan Malaysia 65 tahun lalu.

Al-Sultan Abdullah sebelum ini berkenan supaya bendera negeri Pahang dikibarkan secara separuh tiang selama tiga hari berturut-turut bermula 10 September lalu bagi menzahirkan penghormatan atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Berikutan lawatan khas itu, kunjungan negara Seri Paduka berdua ke Singapura yang dijadualkan pada Isnin ini ditangguhkan - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 32 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad