web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Siasat Tanpa Takut, Pihak Berkuasa Perlu Adil Kes Ahmad Azam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 8:14PM

Ahmad Azam Mohd Aris - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak berkuasa perlu adil dalam menyiasat kes melibatkan mantan Ketua Pengarang The Edge Communications Sdn Bhd, Ahmad Azam Mohd Aris.

Presiden Alumni MassComm Universiti Teknologi MARA (UiTM), Basree Rakijan berkata, alumni universiti itu tidak pernah meragui kejujuran dan kewibawaan Ahmad Azam dalam melaporkan sebarang berita.

“Reputasi Azam sendiri di lingkungan industri kewangan sangat baik. Oleh itu, adalah sukar untuk kami mempercayai bahawa beliau telah didakwa di mahkamah kerana melaporkan apa yang beliau percaya satu trend luar biasa saham berharga murah (penny stocks).

“Bukankah ini patut dilakukan oleh seorang wartawan yang baik?” soalnya hari ini.

Basree menambah, Azam yang pernah berkhidmat sebagai ketua pengarang kumpulan sebuah organisasi media utama negara ini sentiasa mempamerkan integriti dan bersikap profesional dalam menjalankan tugas.

Ahmad Azam, 61 dihadapkan ke dua Mahkamah Majistret atas pertuduhan memfitnah seorang individu bergelar ‘Datuk’ dan empat syarikat menerusi penyiaran dua artikel dalam The Edge Malaysia.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai editor sambilan di portal berita The Edge, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah dan Majistret Nurshahira Abdul Salim.

Tertuduh didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, memfitnah Datuk Kua Khai Shyuan, 38, dan Syarikat DGB Asia Berhad dengan menyiarkan satu artikel dalam The Edge Malaysia Bilangan 1337 bertarikh 21 hingga 27 September 2020, yang mana tuduhan terbabit akan merosakkan reputasi individu itu dan syarikat berkenaan.

Dia juga dituduh bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, memfitnah Khai Shyuan dan syarikat DGB Asia, Trive Property Group Berhad, Metronic Global Berhad dan MNC Wireless Berhad, dengan menyiarkan satu artikel dalam The Edge Malaysia Bilangan 1365 bertarikh 12 hingga 18 April 2021, yang mana tuduhan terbabit akan merosakkan reputasi individu itu dan keempat-empat syarikat berkenaan. - 15 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Ganggu Anggota Trafik, ‘Inspektor Sheila’ Disiasat 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Batal Lesen Pengimport Dan Ejen Langgar Perintah, JKDM Disiasat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Kerajaan Beri Laluan Penuh Polis Siasat, Tiada Campur Tangan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek