web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jabatan Perhutanan Henti Sementara Pembalakan Berhampiran Tasik Kenyir

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 10:32AM

Sulaiman Sulong - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BERANG - Jabatan Perhutanan Negeri Terengganu telah mengambil tindakan pantas dengan menghentikan sementara aktiviti pembalakan di kawasan berhampiran Tasik Kenyir dekat sini, yang didakwa menjadi punca aliran Air Terjun Sungai Lasir bertukar keruh.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Terengganu, Sulaiman Sulong berkata difahamkan, aktiviti pembalakan di kawasan kira-kira empat kilometer dari hulu Sungai Lasir itu telah dihentikan sebaik sahaja isu pencemaran berkenaan dilaporkan dalam akhbar dan laman sosial.

Beliau berkata operasi tersebut akan dihentikan sehingga aliran air terjun yang menjadi lokasi tumpuan pelancong ke Tasik Kenyir kembali jernih.

"Pihak Jabatan Perhutanan telah ambil tindakan-tindakan alternatif dengan segera bagi memastikan pembalakan yang berlaku di sekitar empat kilometer dari hulu Sungai Lasir dapat dihalang atau diminimumkan.

"Pada masa yang sama, faktor hujan lebat juga dipercayai mengakibatkan berlakunya air keruh dan berkeladak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup kursus jurupandu Taman Geo di Tasik Kenyir petang semalam.

Sulaiman mengulas mengenai laporan akhbar semalam yang mendakwa Air Terjun Sungai Lasir di Tasik Kenyir ‘indah khabar dari rupa’ kerana air keruh dan berkeladak, dipercayai berpunca daripada kegiatan pembalakan di kawasan berhampiran.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar dalam kenyataan semalam dilaporkan berkata isu air berkeladak di Tasik Kenyir adalah disebabkan hujan lebat dan bukanlah kerana aktiviti pembalakan.

Beliau dipetik sebagai berkata semua aktiviti berkaitan perhutanan dan pembalakan mempunyai syarat-syarat khusus termasuk penentuan jarak bersesuaian antara kawasan pembalakan dengan gigi air bagi mengelak pencemaran. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar