web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Annuar Sangkal Tuduhan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi Gagal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2022 7:04AM

Annuar Musa (kanan) menghadiri raptai Sambutan Hari Malaysia 2022 di Dataran Memorial Pengisytiharaan Kemerdekaan A' Famosa Banda Hilir malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa menyangkal tuduhan bahawa ia telah gagal melaksanakan tugas mengawal kenaikan harga barang sehingga timbul cadangan untuk membubarkannya.

Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata ia termasuk tuduhan pasukan itu gagal mengawal kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang diumumkan Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.

Katanya, pasukan itu tidak akan dibubarkan sebaliknya terus bekerja keras untuk memastikan harga barangan dapat dikawal seterusnya membantu rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah.

"Misalnya harga minyak masak turun 40 sen, harga ayam turun...rakyat tetap merasa (penurunan harga). Pasukan ini tidak akan dibubar, banyak lagi kerja kita. Hal berkaitan polisi monetari negara bukan di bawah kuasa pasukan khas ini atau Kabinet, sebaliknya ditentukan jawatankuasanya sendiri (Jawatankuasa Dasar Monetari).

"Kabinet mahupun jawatankuasa kecil yang dibentuk Kabinet (Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi) tak boleh nak mengetepikan dasar monetari kerana ia ada undang-undang sendiri. OPR ditetapkan mengambil kira banyak faktor," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas meninjau persiapan dan raptai sambutan Hari Malaysia 2022 di Banda Hilir, di sini malam ini.

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Roslan Ariffin dan Pengarah Bahagian Pengembangan Seni Budaya, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Rosnan Nordin.

Tegas Annuar, jika harga barang meningkat kerajaan tidak berdiam diri sebaliknya berusaha mengambil langkah intervensi untuk membantu rakyat.

Beliau berkata harga barangan dalam negara masih terkawal dan rendah jika dibandingkan negara jiran, hingga timbul masalah penyeludupan apabila harga barangan di Malaysia lebih murah.

Justeru, kerajaan akan terus meningkatkan kawalan di sempadan untuk memastikan barangan dari Malaysia tidak diseleweng ke negara jiran, katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 22 jam yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad