web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rosyam, Henti Jadikan Martabat Wanita Sebagai Bahan Gurauan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 8:43PM

Datuk Norliza Abdul Rahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelakon dan penerbit terkenal, Datuk Rosyam Nor diingatkan untuk tidak merendahkan martabat wanita.

Ketua Wanita UMNO Pulau Pinang, Datuk Norliza Abdul Rahim berkata, ‘hero Malaya’ itu perlu mengelak daripada menggunakan bahasa kasar walaupun tidak berpuas hati terhadap golongan tersebut.

“Saya telah melihat video yang dikatakan oleh Yang Berhormat (YB) Hannah Yeoh, berkenaan selebriti membuat promosi tetapi seakan merendah-rendahkan kaum wanita.

“Nampak seperti isu kecil tetapi hati wanita ini mudah tersentuh. Benar jika wanita merajuk siapa yang akan pujuk tetapi kalau sudah tawar hati, golongan ini juga punya harga diri.

“Berhentilah menjadikan wanita sebagai bahan gurauan,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Video dimuat naik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun di aplikasi TikTok itu memaparkan Rosyam dengan penggunaan bahasa yang disifatkan sebagai terlalu kasar.

“Bangun lambat, bangun lambat semuanya lambat. Perempuan ni, wanita ni semuanya lambat. Eh, bangkitlah, bangun daripada tidur!

“Esok di WTCKL, program aku dan Datuk Seri Rina, dengan kementerian dia dekat belakang (menunjukkan nama kementerian), korang baca sendiri lah.

“Esok, kalau sesiapa nak masuk, korang datang sahaja pada jam 9 pagi, korang jumpa aku, aku nak belasah kepala korang, baru kita bangkit,” kata Rosyam seperti dipetik dalam rakaman video itu.

Susulan penularan, Rina turut menerima tempias apabila dilihat seolah-olah bersetuju dengan kenyataan dibuat Rosyam.

Dalam perkembangan berkaitan, Norliza turut mengingatkan Rina agar mengutamakan isu negara berbanding hanya muncul setelah sesuatu permasalahan itu tular di media sosial.

Pada masa sama, beliau berkata, penubuhan Suruhanjaya Kanak-Kanak seperti tidak membawa sebarang makna, apabila jenayah pengabaian dan penderaan seperti yang berlaku ke atas remaja Sindrom Down dikenali sebagai Bella, terus berlaku.

“Saya mohon agar Rina lebih fokus kepada polemik yang lebih serius.

“Isu kanak-kanak dan wanita banyak hari ini, terutamanya melibatkan gangguan seksual dan keganasan rumah tangga yang sepatutnya perlu menjadi fokus utama,” katanya. - Getaran, 14 September 2022

 

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 tahun yang lalu

Isu Di Antara Syamsul Yusof - Aaron Aziz Bukan Masalah Saya, Itu Masalah Produksi - Rosyam Nor

2

Selebriti 3 tahun yang lalu

Rangkuman 15 Kisah Hiburan Paling Hangat Sepanjang Tahun 2022

3

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Filem ‘Duan Nago Bogho’ Arahan Sabri Yunus Angkat Kisah Pergaduhan Mak Yong Demi Maruah Seni

4

Filem & TV 3 tahun yang lalu

Jangan Biarkan Filem ‘Juang’ Berjuang Sendirian Di Pawagam – Pergilah Menonton!

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar