web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perubahan Organisasi Media Proses Biasa, Bukan Hasil Percaturan Politik

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 8:34PM

Chamil Wariya - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebarang perubahan kepimpinan dalam organisasi media tidak pernah memiliki kaitan dengan mana-mana percaturan politik.

Veteran media, Datuk Dr Chamil Wariya berkata, sebarang pelantikan atau pertukaran dibuat tidak ada sebarang kaitan dengan agenda politik parti tertentu.

“Saya tak melihat penukaran (jawatan) ini melibatkan campur tangan politik. Jika anda adalah pemilik syarikat, lantiklah siapa pun yang dimahukan sama ada Ketua Pengarang, Pengarah Urusan atau seumpamanya.

“Dalam kes ini yang terlibat adalah pemegang saham mereka. Jadi tidak timbul isu campur tangan mana-mana parti politik. It’s a common process,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) berkata, sebarang tindakan dibuat mana-mana syarikat media adalah hak prerogatif mereka.

“Jika mereka nak lantik pengarang baharu, itu hak mereka. Mereka adalah sebuah entiti perniagaan, ada shareholder, ada owner. Mereka boleh buat keputusan siapa yang mereka mahu lantik.

“Itu bukan arahan daripada pejabat Perdana Menteri untuk pemegang jawatan tersebut ditukarkan. Ia akan berlaku dari semasa ke semasa. Editors come and go,” katanya.

Semalam, media berbahasa Inggeris terkemuka negara, New Straits Times (NST) mengumumkan pelantikan Farrah Naz Karim sebagai Pengarang Kumpulan baharu, menggantikan Ahmad Lokman Mansor berkuat kuasa 15 September.

Sumber dalaman memberitahu The Vibes, percaturan terbaharu itu dipercayai ada kaitan dengan campur tangan beberapa orang kuat UMNO.

Beliau yang enggan dikenali berkata, keputusan terbabit tidak disenangi majoriti petugas, kerana Lokman adalah individu bertanggungjawab memacu perubahan baharu editorial di NST, yang kini lebih menumpukan kepada liputan di lapangan dan bersifat lebih terbuka.

Sumber itu juga memberitahu, keputusan tersebut dibuat kerana kegagalan NST ‘menyampaikan’ hasrat delegasi UMNO dalam perhimpunan khas parti itu baru-baru ini, termasuk desakan agar Najib diberikan pengampunan Diraja.

Mengulas mengenai pelantikan Farrah Naz, Chamil berkata, ia adalah kehendak pemegang saham terbesar dalam New Straits Times Press (NSTP) dan Media Prima Berhad.

“Dia memerlukan seorang pengarang baharu yang mungkin secocok dengan agenda dimahukan,” ulasnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Petra News, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa berkata, pertukaran seumpama itu tiada kaitan dengan UMNO atau Perdana Menteri, kerana ia hanyalah satu proses biasa.

“Benda (pertukaran jawatan media) berlaku di mana-mana,” katanya.

Percaya bahawa keputusan tersebut pasti sudah diketahui Datuk Ismail Sabri Yaakob selaku Perdana Menteri, Zainul bagaimanapun mengakui, terdapat implikasi yang bakal wujud susulan perubahan kepimpinan itu.

“Kesannya tidak terkena pada pengamal media namun akan timbul persepsi berbeza terhadap (organisasi) media itu sendiri,” ujarnya. - Getaran 14 September 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

Selepas KJ, Hishammuddin Juga Mahu Kembali Bersama UMNO - Asyraf Wajdi

2

Politik 6 bulan yang lalu

‘Nantikan Keputusan Mahkamah Projek Terowong Dasar Laut’, Mat Hasan Sindir DAP 

3

Politik 1 tahun yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

4

Politik 2 tahun yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 12 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad