Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tragedi Feri Karam Di Sungai Kerian Dikenang Hingga Kini

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2022 7:38AM

Semalam genap 50 tahun tragedi feri karam di Sungai Kerian yang mengorbankan ramai mangsa kebanyakannya pelajar sekolah. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PARIT BUNTAR - Semalam genap 50 tahun tragedi feri karam di Sungai Kerian di sini, namun bagi waris mangsa yang terkorban serta mangsa yang terselamat, kejadian itu terus segar dalam ingatan bagai baru semalam berlaku.

Tragedi pada pagi 13 Sep 1972 itu, yang mengorbankan 17 murid Sekolah Rendah Methodist Parit Buntar, lapan pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina Kerian dan dua orang awam tercatat sebagai antara peristiwa hitam dalam sejarah negara. 

Seorang mangsa yang terselamat, Lai Joo Koi, 65 berkata sewaktu kejadian, abangnya Lai Joo Boo, 67 yang berada di luar feri menjerit supaya dia segera keluar dari bas dan berenang ke tebing untuk menyelamatkan diri.

“Dia jerit sangat kuat dan nasib baik dia pandai berenang lalu bantu saya ke tebing sungai. Kejadian berlaku sekelip mata dan feri itu sudah senget lalu terbalik.

“Arus sungai begitu kuat dan laju. Kami semua di dalam bas panik dan ada rakan sekelas yang tidak dapat selamatkan diri. Walaupun masa itu saya baru darjah dua, tetapi saya masih ingat sampai sekarang,” kata jurujual produk kesihatan itu kepada Bernama.

Katanya kejadian itu telah mengeratkan hubungan mereka adik-beradik dan tetap dikenang sebagai peristiwa mengejutkan dalam kehidupan mereka sekeluarga.

Waris mangsa tragedi feri karam dan penduduk setempat hadir memberi penghormatan kepada mangsa yang terkorban pada 13 Sept 1972 di Sungai Kerian, Parit Buntar. - Gambar Bernama
Waris mangsa tragedi feri karam dan penduduk setempat hadir memberi penghormatan kepada mangsa yang terkorban pada 13 Sept 1972 di Sungai Kerian, Parit Buntar. - Gambar Bernama

Sementara itu, A.Perumal, 73, anak lelaki kepada pemandu feri yang karam, S.Annamalai, berkata pemergian ayahnya sentiasa dikenang dan kisah keberaniannya membantu menyelamatkan tujuh pelajar tanpa mengira bangsa serta agama dalam kejadian itu sering diceritakan dari satu generasi ke generasi  supaya kekal dalam kenangan.

“Tipulah kalau tidak sedih bila terkenang. Waktu kejadian saya berumur 23 tahun dan sudah bekerja. Ada orang maklumkan ayah sudah tiada selepas tenggelam ketika selamatkan orang lain. 

“Saya terharu kerana ramai bagi sumbangan termasuk seorang ahli perniagaan yang memasukkan duit setiap bulan kepada kami kerana mengenang jasa dan pengorbanan ayah,” katanya ketika ditemui Bernama di tapak memorial tragedi di Taman Pinggiran Sungai Kerian hari ini.

Mendiang Annamalai dikatakan bertindak menyelamatkan mangsa termasuk pelajar sekolah dalam kejadian yang berlaku ketika hujan lebat dan arus sungai sangat kuat hingga menyebabkan tali kabel feri antara kedua-dua tebing putus.

Perkhidmatan feri yang menghubungkan Parit Buntar dengan Bandar Baharu itu dihentikan serta-merta selepas tragedi menyayat hati itu.

Sementara itu, seorang lagi waris, Tan Kooi Se, 68, kehilangan adik lelakinya, Tan Kok Hock yang ketika itu dalam perjalanan ke sekolah.

Perkhidmatan feri yang menghubungkan Parit Buntar dengan Bandar Baharu itu dihentikan serta merta selepas kejadian menyayat hati itu. - Gambar Bernama
Perkhidmatan feri yang menghubungkan Parit Buntar dengan Bandar Baharu itu dihentikan serta merta selepas kejadian menyayat hati itu. - Gambar Bernama

“Saya di Pulau Pinang dengan datuk dan nenek, manakala adik dan abang bersama ayah di sini. Masa itu hujan lebat tetapi adik saya tetap mahu ke sekolah dengan menaiki van ke jeti.

“Kami kemudian dimaklumkan feri tenggelam dan adik ada di dalamnya. Abang saya, Tan Kok Pheng, 70, terselamat kerana kebetulan sampai awal dengan menaiki basikal ke jeti manakala adik pula di giliran kedua,” katanya.

Dia yang kini menggunakan nama Sabariah Tan Abdullah berkata kejadian itu perit untuk diingati, namun mereka menerimanya sebagai suratan takdir.

Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Daerah Kerian Helmi Yusof ketika ditemui berkata selepas pembinaan tugu peringatan di lokasi kejadian, pihaknya merancang untuk membina galeri pada tahun depan yang memaparkan maklumat berkaitan tragedi itu agar ia terus diingati.

Bagaimanapun, menurutnya mereka memerlukan bahan arkib, data serta gambar daripada orang ramai atau pihak tertentu untuk dijadikan sebagai bahan pameran apabila galeri itu dibuka kelak. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 hari yang lalu

6,034 Guru Lantikan Kontrak Ditempatkan Di Sekolah KPM

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Boleh Perluas Teksi Air Jika Dapat Sambutan - Chow

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Projek LRT Tidak Jejas Status Georgetown Sebagai Tapak Warisan UNESCO - Loke

4

Semasa 4 minggu yang lalu

Cuaca Panas: Tangguh Dahulu Aktiviti Luar Bilik Darjah - KKM

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Мahkamah Tetapkan 27 Jun Keputusan Badan Peguam Berhubung Kes DNAA Ahmad Zahid

Semasa 8 jam yang lalu

Noktah Kemiskinan Tegar, Isu Kewarganegaraan Dibincang Bersama MPN PKR Sabah - Anwar

Sukan 12 jam yang lalu

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Semasa 1 hari yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

oleh Wartawan Getaran