web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Melindungi Wartawan, Syarikat Media Enggan Dedahkan Nama Penulis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 9:31PM

Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group menegaskan, dua artikel telah diterbitkan tanpa nama penulis untuk memastikan keselamatan wartawannya - Gambar Hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebuah syarikat penerbitan perniagaan dan kewangan tempatan kekal dengan pendirian untuk tidak mendedahkan penulis sebenar bagi artikel dakwaan memanipulasi saham, yang kini sedang berdepan pendakwaan di mahkamah, walaupun didesak pihak polis.

Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group, Datuk Ho Kay Tat mendakwa, bahawa mereka berulang kali diminta untuk mendedahkan nama wartawan yang menulis dua artikel tersebut pada empat mesyuarat berasingan tahun lalu.

“Pihak polis telah dimaklumkan mengapa kami tidak boleh memberikan nama mana-mana wartawan atas sebab keselamatan.

“Kami merujuk insiden pada 2018 apabila pegawai kanan Bursa Malaysia dari jabatan pengawasan pasaran menjadi mangsa serangan asid, dipercayai berkaitan dengan siasatan kes manipulasi pasaran,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, artikel bertajuk 'Hidden Hands Behind Penny Stocks Surge Under Scrutiny' dikeluarkan pada 12 April 2021 dan 'Hidden Hands Behind Penny Stock Surge' pada 21 September 2020 telah diterbitkan tanpa nama penulis untuk memastikan keselamatan wartawannya.

Selain itu beliau berkata, editor telah memberikan keterangannya kepada pegawai penyiasat (IO) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, dan mereka mempertahankan artikel yang diterbitkan.

“Dalam keterangannya, mereka menegaskan bahawa penyelidikan menyeluruh telah dilakukan untuk menyusun artikel, melibatkan data dan maklumat yang diperoleh daripada Bursa Malaysia serta laporan tahunan syarikat,” katanya.

Dakwanya lagi, keterangan mereka diambil selepas laporan polis dibuat oleh Pengarah Bukan Eksekutif Metronic Global Berhad, Datuk Kua Khai Shyuan.

Awal hari ini, dilaporkan bekas ketua pengarang The Edge, Ahmad Azam Mohd Aris, didakwa atas dua pertuduhan memfitnah dalam dua artikel itu di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan menuntut agar beliau dibicarakan.

Seorang lagi editornya, Shanmugam Murugasu, yang kini berada di luar negara, turut dituduh dalam salah satu pertuduhan tetapi telah dibebaskan sementara menunggu kepulangannya ke tanah air.

Pertuduhan difailkan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah yang membawa kepada hukuman penjara sehingga dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. 

Mengulas pertuduhan itu, Ho menegaskan, penerbitan berkenaan mempunyai kewajipan kepada pembacanya untuk menyampaikan berita yang relevan, lebih-lebih lagi ramai yang mengalami kerugian akibat kejatuhan harga saham.

“Sebagai media yang melaporkan pasaran saham dan sektor korporat secara meluas, kami mempunyai tanggungjawab untuk mengenengahkan perkara penting kepada orang ramai yang melabur termasuk memaklumkan mereka tentang bagaimana harga saham dimanipulasi.

“Oleh itu, kami bingung mengapa polis dan Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur mendesak pertuduhan fitnah terhadap kami kerana melaporkan pelabur mengenai kes manipulasi pasaran saham,” katanya.

Beliau berpendapat bahawa jika pengadu, yang merupakan ahli perniagaan swasta, berasa difitnah, polis dan Timbalan Pendakwa Raya harus memfailkan saman sivil terhadap The Edge.

Kedua-dua artikel itu mendakwa, sekumpulan individu yang bertindak secara berkumpulan mengawal beberapa syarikat tersenarai awam untuk memanipulasi saham.

Dalam satu laporan, pihak berkuasa mendakwa mereka sedang menyiasat individu berhubung dakwaan kesalahan itu, serta jenayah lain yang disyaki melibatkan memindahkan aset, menggelapkan dana syarikat dan aktiviti pengubahan wang haram. - The Vibes, 13 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Siasat Tanpa Takut, Pihak Berkuasa Perlu Adil Kes Ahmad Azam

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad