web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


550 Ahli Kongsi Gelap Telah Ditahan Di Selangor Sejak 2019

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Apr 2021 8:23AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Polis Selangor menahan 550 individu di atas pelbagai kesalahan berkaitan kongsi gelap melibatkan Geng 08, Geng 21, Geng 24 dan Geng 36, bagi tempoh 2019 hingga Mac tahun ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed berkata, antara jenayah yang dilakukan mereka meliputi kes seperti pergaduhan kerana perebutan kawasan penjualan dadah dan kawalan keselamatan, serta pemerasan ke atas premis-premis perniagaan.

“Selain itu, ia juga melibatkan 175 kes seperti bunuh, cubaan bunuh, merusuh, penggunaan senjata api, samun  dan lain-lain jenayah kekerasan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata ahli kumpulan kongsi gelap yang ditahan terdiri daripada lelaki warga tempatan berusia antara 20-an hingga 40-an.

“Kumpulan kongsi gelap ini memperoleh sumber kewangan dengan melakukan pemerasan, samun, menjaga kawasan termasuk pusat hiburan, rumah urut dan perjudian.''

Dalam pada itu, Arjunaidi berkata polis sedang mengesan saki-baki ahli kumpulan kongsi gelap Geng 24 Bukit Raja yang masih aktif melakukan jenayah serta giat merekrut ahli baharu termasuk pelajar sekolah dengan menawarkan antaranya perlindungan, kewangan, kuasa dan pengaruh.

Beliau berkata pihaknya telah mengenal pasti beberapa sekolah yang menjadi sasaran kumpulan kongsi gelap terbabit, dalam merekrut ahlinya.

Katanya setakat ini, dilaporkan kumpulan terbabit mempunyai hampir 100 ahli berusia belasan hingga 50-an, di sekitar Lembah Klang.

“Kumpulan kongsi gelap ini memperoleh sumber kewangan dengan melakukan pemerasan, samun, menjaga kawasan termasuk pusat hiburan, rumah urut dan perjudian. Jika ada yang enggan mengikuti arahan, mereka akan membuat kacau termasuk mencederakan orang,” katanya.

Arjunaidi berkata sehingga kini, 50 ahli kongsi gelap Geng 24 Bukit Raja ditahan, dengan 19 individu telah dituduh di mahkamah, 20 ditahan di bawah Perintah Tahanan Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959 dan 11 lagi masih direman. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

CEO Perbadanan Stadium Malaysia Didakwa Minta, Terima Rasuah RM1.45 Juta

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Calon Dipilih Berdasarkan Khidmat Terbaik - Onn Hafiz 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran