web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Najib Tidak Ke IJN, ‘Banduan Perlu Jalani Rawatan Di Hospital Kerajaan’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 3:23PM

Prosedur banduan adalah dirujuk ke hospital kerajaan kata Khairy Jamaluddin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan setiap banduan termasuk mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak perlu menjalani rawatan di hospital kerajaan.

Menurut beliau, perkara itu termaktub dalam prosedur banduan yang ditetapkan selama ini.

Susulan itu, Khairy menyangkal dakwaan Najib akan dihantar ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menerima rawatan.

“Prosedur banduan adalah dirujuk ke hospital kerajaan dan bagi kes Najib, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memutuskan beliau dihantar ke HKL,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penerimaan Anugerah Malaysia Book Of Record dan Pelancaran Laporan Record Breaking COVID-19 Vaccination, di kementeriannya, hari ini.

IJN adalah sebuah entiti swasta atau badan dikorporatkan di bawah Kementerian Kewangan. Setiap pusat perubatan termasuk IJN adalah berdaftar di bawah Akta 586.

Terdahulu, peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan mantan Perdana Menteri itu perlu dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN), lewat hari ini.

Beliau berkata, tekanan darah Najib tidak menentu dan puncanya sedang disiasat.

Semalam, Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan bahawa doktor di HKL menemui pelbagai ulser baharu di dalam perut beliau semasa ujian kolonoskopi pada Sabtu lalu.

Katanya, Najib turut memohon untuk pemerhatian di HKL tetapi ditolak pegawai perubatan yang merawatnya.

“Doktor melepaskan (discaj), menukar ubat-ubatannya daripada ubat biasa yang dimakan selama bertahun-tahun dan menghantarnya pulang ke Kajang.

“Pagi ini (semalam), ujian oleh pembantu perubatan menunjukkan bahawa tekanan darah beliau tinggi dan berbahaya akibat perubahan ubat yang diberikan,” katanya.

Namun semalam, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan Najib sihat sebelum dibenarkan discaj dari HKL oleh doktor pakar.

Malah katanya, Najib juga dimasukkan ke hospital tersebut pada Jumaat lalu sebagai kes elektif (bukan kecemasan) untuk memastikan kesihatan beliau berada pada tahap baik dan optimum.

Jelas Dr Noor Hisham, ubat yang diberikan kepada Najib semasa kemasukan wad adalah daripada jenis sama dan dalam senarai ubatan KKM. - The Vibes, 13 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

3

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar