web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


SPRM Tahan Guru Besar Wanita Kerana Salah Guna Kedudukan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2022 7:00AM

Seorang guru besar wanita ditahan dipercayai menyalahgunakan kedudukan dengan membeli barangan sekolah melalui dua syarikat milik anaknya. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang guru besar wanita di sebuah sekolah kebangsaan pendidikan khas ditahan kerana dipercayai menyalahgunakan kedudukan dengan membeli barangan sekolah melalui dua syarikat milik anaknya pada 2019 hingga tahun lepas.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah berkata wanita berusia 58 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sungai Petani, pada jam 1 tengah hari tadi.

Katanya, wanita itu dipercayai telah menyalahgunakan kedudukan dengan melakukan pembelian barangan sekolah bernilai RM22,646  melalui dua syarikat didaftar atas nama dua anaknya masing-masing berusia 31 dan 33 tahun.

Katanya, suspek wanita itu dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 tanpa deposit kerana perlu menjaga suaminya yang sedang uzur di rumahnya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai tangkapan itu dan memberitahu kes disiasat mengikut Akta SPRM 2009. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad