Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tukar Ubat Ulser Perut Punca Tekanan Darah Najib Tinggi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2022 3:08PM

Doktor menemui beberapa ulser baharu di dalam perut Najib hasil ujian kolonoskopi yang dilakukan, kelmarin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tekanan darah mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berada pada tahap tinggi dan berbahaya akibat pertukaran ubat yang diberikan untuk merawat masalah ulser perut dialaminya.

Pegawai Khas Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan doktor menemui beberapa ulser baharu di dalam perutnya hasil ujian kolonoskopi yang dilakukan, kelmarin.

Susulan itu, beliau berkata, Najib yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun di Penjara Kajang, memohon untuk pemerhatian di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Katanya, bagaimanapun, permohonan itu ditolak pegawai perubatan yang merawatnya.

“Doktor melepaskan (discaj), menukar ubat-ubatannya daripada ubat biasa yang dimakan selama bertahun-tahun dan menghantarnya pulang ke Kajang.

“Pagi ini, ujian oleh pembantu perubatan menunjukkan bahawa tekanan darah beliau tinggi dan berbahaya akibat perubahan ubat yang diberikan.

“Ini menyebabkan Timbalan Pendakwa Raya memberitahu hakim pagi ini bahawa keadaan kesihatan Najib teruk dan perlu dihantar ke hospital,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Muhamad Mukhlis, keadaan kesihatan dialami Najib adalah masalah yang berulang sejak lebih 15 tahun lalu.

Jelasnya, pada 2010, beliau pernah dimasukkan ke hospital selama beberapa hari kerana masalah kesihatan itu dan ia diketahui umum.

“Tahun lalu, beliau juga berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital swasta kira-kira seminggu, di mana beliau telah menjalani lima kali pemindahan darah bagi menggantikan darah yang hilang akibat pendarahan dalaman.

“Semalam, doktor di HKL telah membuat biopsi yang menyebabkan sedikit pendarahan dan beberapa ulser terpaksa dipotong untuk menghentikan pendarahan,” katanya.

Justeru, Muhamad Mukhlis berkata, atas dasar kemanusiaan, keluarga Najib merayu kepada pihak penjara, hospital dan kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk melakukan tindakan yang betul dengan membenarkan beliau diberi rawatan dan pemerhatian perubatan sewajarnya.

Terdahulu, Najib dilaporkan hadir di Mahkamah Tinggi di sini bagi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram memohon agar mahkamah menangguhkan perbicaraan tersebut pada pukul 12.30 tengah hari ini supaya Najib dibenarkan menghadiri temu janji perubatannya pada pukul 2 petang.

Gopal memberitahu mahkamah bahawa keadaan Najib ‘agak teruk’  disebabkan ubat darah tinggi baharu diambilnya.

Pada 4 September lalu, Najib, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun, dimasukkan ke HKL tetapi berada dalam keadaan stabil.

Anak perempuannya, Nooryana Najwa, kemudian memaklumkan bahawa Najib mengalami masalah sakit perut yang berulang, kerana beliau “sangat terdedah” kepada ulser perut.

Najib mula menjalani hukuman penjaranya pada 23 Ogos lalu, selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas beliau berhubung penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Dalam perbicaraan 1MDB yang sedang berlangsung, beliau menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah sama. - Getaran, 12 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Ada Seorang Saksi Penting Dijangka Menyokong Permohonan Najib Untuk Tahanan Di Rumah - Shafee

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Najib Fail Permohonan Cabar Kewujudan Titah Adendum, Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Singapura 1 hari yang lalu

PM Singapura Bercakap Dengan Anwar, Pemimpin Lain Pada Hari Pertama Bertugas

Sukan 8 jam yang lalu

Faisal Halim Tunjuk Kesembuhan Positif

Politik 1 hari yang lalu

Dakwa Syarikat Pro Israel Beli Saham МАНВ Hanya Hasut Kebencian, Kata PM