Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Dana RM90 Juta Dari 1MDB Isu Basi, Disolek Cantik Jadi Senjata PRU15 - PAS

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 8:11PM

Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tuduhan bahawa dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM90 juta telah dimasukkan ke akaun PAS hanyalah modal basi yang diperbaharui semula menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). 

Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari berkata, perkara itu telah 'disolek' sebaiknya dengan harapan dapat dijadikan senjata baharu bagi menyerang parti tersebut. 

Ahmad Fadhli Shaari - Gambar Fail
Ahmad Fadhli Shaari - Gambar Fail

"Pada 19 Julai 2018 ketika negara di bawah Pakatan Harapan (PH), saya bangun bertanya di Dewan Rakyat, mencelah ucapan Yang Berhormat Damansara (Tony Pua) yang pada masa itu sedang menyenaraikan pihak mendapat wang dari 1MDB. Soalannya, mana nama PAS? Jawapan beliau ialah tiada maklumat, sila tanya Menteri Kewangan (yang pada masa itu ialah Lim Guan Eng).

"Pada 2 April 2019, sekali lagi soalan saya di Dewan Rakyat berhubung isu RM90 juta dijawab oleh Timbalan Menteri Undang-undang, Hanipa Maidin. Jawapannya, masih dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Bahkan beliau berpesan, jangan ada sebarang spekulasi. 

"Belum lagi ucapan perbahasan saya di Dewan Rakyat yang mendesak sejak 2018 agar kerajaan dedahkan segera siapa penerima dana RM90 juta itu. Alih-alih yang keluar ialah kenyataan SPRM bahawa tiada wang 1MDB masuk ke akaun PAS," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Terdahulu Ahli Parlimen Bukit Mertajam, Steven Sim menerusi kenyataannya mendakwa PAS gagal menjelaskan dakwaan editor Sarawak Report, Claire Rewcastle-Brown bahawa parti itu menerima dana RM90 juta dengan menyelesaikan saman fitnah mengenainya di luar mahkamah dan membayar RM1.4 juta kepada wanita itu.

Steven Sim - Gambar Fail
Steven Sim - Gambar Fail

Mengulas lanjut, Ahmad Fadhli berkata, ini membuktikan bahawa pertanyaan beliau kepada Dewan Rakyat dibuat ketika Malaysia di bawah pentadbiran PH selepas gabungan itu berjaya memenangi PRU-14.

“Sekiranya benar wujud dana RM90 juta disalurkan kepada PAS, mengapa semasa pentadbiran PH isu terbabit tidak disiasat sehingga ke akar umbi. 

"Yang ada ialah sekeping kertas berwarna hitam yang terpaksa ditilik berkali-kali oleh pembacanya di tengah malam kelam," katanya. 

 

RM90 Juta : Tulang Lama Yang Diselongkar Semula 1. Isu RM90 juta ini hanya modal basi yang diperbaharu semula. Disolek...

Posted by Ahmad Fadhli bin Shaari on Saturday, September 10, 2022

Dalam pada itu, Ahmad Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas berkata, penyelesaian saman luar di mahkamah merupakan hak penyaman dan ia boleh ditarik semula, jika pihak plaintif merasakan bahawa tiada keperluan untuk saman diteruskan. 

Menurutnya, berdasarkan kepada kos dan sebab-sebab kesihatan, ia boleh ditarik balik dan itu tidak membuktikan bahawa plaintif atau defendan bersalah.

"Adapun yang berkuasa di dalam negara, kenapa tidak teruskan dengan pendakwaan sivil? Realitinya, isu RM90 juta ini tidak lebih daripada wayang opera lama yang ditayang semula. 

"Dalam bahasa lain, ia tulang lama yang sudah lama terperap di tempat pembuangan sampah. Hanya haiwan tertentu sahaja yang menyelongkar sampah mencari tulang lama," katanya. 

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Nasrudin Hassan berkata, pada 24 Februari 2019, bekas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull sudah menegaskan tiada sebarang transaksi bernilai RM90 juta dari dana 1MDB ke akaun parti terbabit. 

Lebih jelas, menurut beliau, sepanjang tempoh 22 bulan DAP berada di takhta pemerintahan negara bersama Pakatan Harapan (PH) selepas PRU-14, mereka gagal mensabitkan sebarang kesalahan terhadap Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.

Nasrudin Hassan - Gambar Fail
Nasrudin Hassan - Gambar Fail

“Ternyata DAP sangat terdesak untuk bersaing dengan PAS di pasaran integriti apabila mereka terpaksa membongkar isu-isu lapuk bagi menjatuhkan reputasi Presiden dan merosakkan prestasi kepimpinan PAS. 

“DAP bimbang mereka tidak berupaya memenangi sokongan dalam pilihan raya saat berdepan dengan tahap kepercayaan rakyat yang tinggi terhadap integriti PAS dan kepimpinannya,” katanya 

Nasrudin turut mempersoalkan motif DAP membangkitkan semula isu-isu lama dan basi, termasuk dakwaan PAS menerima dana RM90 juta walhal ia telah dinafikan Mohd Shukri.

"Sepatutnya DAP terlebih dahulu berusaha membawa pemimpin mereka ke mahkamah bagi menjalani proses perbicaraan adil atas tuduhan rasuah yang ada untuk memulihkan reputasi parti itu.

“Bukan meredai pembebasan pemimpin mereka melalui proses ‘buang kes', " katanya. - Getaran, 11 September 2022

Sorotan

1

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

2

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

3

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

4

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

5

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

6

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Sindiket Penyeludupan Manusia Tumpas, 8 PATI Bangladesh Dan ‘Transporter’ Dicekup

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

 Kompleks Makan Dinaik Taraf, Penjaja Gembira, Pelanggan Bertambah

oleh Diyana Nawwar

Semasa 16 jam yang lalu

Kemasukan Pelajar Bukan Bumiputera Ke UiTM Tak Langgar Undang-Undang, Kata LFL

oleh Wartawan The Malaysian Insight

Semasa 21 jam yang lalu

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

oleh Wartawan Getaran