web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kejatuhan Ringgit: Mengapa PM, Tengku Zafrul Berdiam Diri?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 7:45PM

Pada jam 9.01 pagi Rabu lalu, Ringgit Malaysia merosot kepada 4.5010/5035 berbanding dolar AS (USD) daripada 4.4970/4500 ketika ditutup pada Selasa - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mendiamkan ketika ringgit berada pada paras terendah menimbulkan persoalan.

Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng berkata, sudah tiba masanya untuk kerajaan berterus-terang kepada rakyat sekiranya negara berada dalam kemelesetan. 

Menurut beliau, kerajaan seharusnya memberitahu rakyat berhubung kaedah untuk keluar dari 'ribut ekonomi' tersebut daripada membiarkan negara berjalan dalam sistem 'auto pilot'.

Lim Lip Eng - Gambar Fail Bernama
Lim Lip Eng - Gambar Fail Bernama

"Ringgit kini berada pada paras terendah buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun, dan jika ini bukan krisis ekonomi, maka apakah ia? Ini adalah soalan yang ditanya oleh semua orang di jalanan kepada kerajaan.

"Ramai yang terkejut dengan kekurangan inisiatif oleh Ismail Sabri untuk membantu mereka semasa kegawatan ekonomi sekarang," katanya hari ini.

Lip Eng berkata, kadar pertukaran mata wang pastinya akan menaikkan harga barangan import justeru, inflasi dilihat akan meningkat dengan mendadak.

Menurutnya, keadaan ini akan menjejaskan kedua-dua kumpulan berpendapatan sederhana dan rendah. 

“Usaha perlu dilakukan secara proaktif untuk meningkatkan keselamatan makanan negara agar Malaysia tidak terlalu bergantung kepada bahan makanan yang diimport. 

"Adakah rakyat, yang kini terpaksa membayar harga lebih tinggi bagi bahan makanan yang diimport, juga akan mengalami kenaikan kadar pinjaman asas (BLR) baru-baru ini?" soalnya.

Sejak pandemik, beliau memberitahu, ramai daripada dalam kategori M40 juga telah jatuh ke kumpulan B40. 

"Ini adalah bahaya. Jika tiada apa-apa konkrit dilakukan, krisis ekonomi mungkin meningkat kepada keadaan yang lebih teruk. Usaha harus dilakukan sekarang untuk meningkatkan ekonomi berbanding mengadakan pilihan raya umum," katanya. 

Sebelum ini, media melaporkan ringgit dibuka lemah berbanding dolar AS kepada paras terendah yang pernah dicatatkan semasa krisis kewangan Asia 1998, apabila lebih ramai pelabur beralih kepada mata wang selamat itu ekoran prospek ekonomi global tidak menentu.

Pada jam 9.01 pagi Rabu lalu, Ringgit Malaysia merosot kepada 4.5010/5035 berbanding dolar AS (USD) daripada 4.4970/4500 ketika ditutup pada Selasa. - Getaran, 11 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 41 minit yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad