web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


MMA Kekal Tuntut 5 Peratus KDNK Untuk Bajet Kesihatan – Presiden Baharu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2022 2:09PM

Dr Muruga Raj Rajathurai - Gambar ihsan MMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Presiden baharu Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Muruga Raj Rajathurai berikrar untuk membawa perubahan berterusan kepada organisasi itu, terutama dalam mempromosi penghormatan dan kepentingan profesion, selain mendidik masyarakat mengenai kesihatan awam.

Dr Muruga yang memiliki ijazah sarjana muda dalam undang-undang dan sarjana pentadbiran perniagaan, secara rasmi memulakan penggal perkhidmatannya selepas Mesyuarat Agung MMA.

Beliau dilantik bagi tempoh penggal 2022 hingga 2023 menggantikan Dr Koh Kar Chai yang menamatkan perkhidmatan.

Ketika berucap sempena pelantikan itu, Dr Muruga mengharapkan kerajaan meningkatkan perbelanjaan penjagaan kesihatan negara.

“Dengan pembaharuan dalam agenda Kementerian Kesihatan (KKM), peruntukan mencukupi bakal diperlukan.

“Seperti diketahui, kami meminta sekurang-kurangnya lima peratus daripada keluaran dalam negara kasar (KDNK) digunakan untuk bajet kesihatan pada tahun 2023.

“Selepas bertahun kita menguruskan sektor kesihatan dengan bajet kecil, kita mampu mencapai tahap penjagaan maksimum untuk masyarakat, namun seperti kita tahu, sistem kesihatan kita sudah terlalu lama digunakan,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah JPA, Datuk Kamel Mohamad.

Pada masa sama, beliau memuji Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berhubung komitmennya dalam memperbaharui sistem kesihatan negara.

Dr Muruga Raj turut berterima kasih kepada Dr Kar Chai atas usahanya memulakan perubahan dalam sektor kesihatan dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan media berkaitan isu tersebut.

Justeru, beliau berikrar akan meneruskan segala usaha baik dilaksanakan itu.

Selain itu, beliau menekankan isu sumber manusia dalam sektor kesihatan perlu diteliti KKM dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sewajarnya.

“Saya berharap untuk terlibat sama dengan JPA tidak lama lagi untuk merangka jalan ke hadapan mengenai isu sumber manusia dalam sektor kesihatan negara,” katanya.

Dr Muruga berkata, terdapat beberapa perkembangan dalam isu doktor kontrak walaupun ia masih belum mencapai penyelesaian mampan.

Beliau turut meminta sekiranya JPA boleh memperbanyakkan jawatan tetap supaya dapat diiisi doktor lantikan kontrak. - Getaran, 11 September 2022

BERITA LANJUT MENYUSUL

Berita Berkaitan

1

Kolum 1 tahun yang lalu

Surat Terbuka Daripada MMA Kepada Ahli-Ahli Parlimen

2

Selebriti 2 tahun yang lalu

Bintang Tinju MMA Amber Leibrock Peluk Islam, Percaya Islam Beri Ketenangan

3

Selebriti 2 tahun yang lalu

McGregor Berpelukan Dengan Khabib, Drama Apakah Ini?

4

Semasa 3 tahun yang lalu

COVID-19 Masih Ancaman Besar, Pengawasan Perlu Diteruskan, Jika Tidak... 

Sorotan

1

Klinik Kesihatan Bergerak KKM Bawa Perkhidmatan Percuma Terus Kepada Rakyat

2

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

3

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

4

Motosikal Ditunggang Langgar Belakang Kereta, Pelajar Maut Digilis Lori

5

PRN Johor Dijangka Sengit, 10 Kerusi Panas Jadi Tumpuan

6

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Video Belasah Pembantu Rumah Tular, 2 Pasangan Suami Isteri Ditahan

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

El Nino: Hujan Dijangka Kuramg Dengan Drastik, Risiko Bencana Alam Sekitar Meningkat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Asid Tumpah Dari Lori: Tiada Pencemaran Asid Di Sungai Cherating - JAS

oleh Sophia Ahmad