web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


COVID-19 Masih Ancaman Besar, Pengawasan Perlu Diteruskan, Jika Tidak... 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 May 2023 8:00PM

COVID-19 masih kekal sebagai ancaman ketara kepada negara, justeru, pengawasan terhadap varian baharu dan virus pandemik lain yang berpotensi masih perlu diteruskan. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) digesa menggunapakai dasar pencegahan, kawalan dan pengurusan jangka panjang bagi COVID-19 selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan bahawa virus itu bukan lagi kecemasan kesihatan global.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr Muruga Raj Rajathurai berkata, COVID-19 masih kekal sebagai ancaman ketara kepada negara, justeru, pengawasan terhadap varian baharu dan virus pandemik lain yang berpotensi masih perlu diteruskan.

Dr Muruga Raj Rajathurai - Gambar fail
Dr Muruga Raj Rajathurai - Gambar fail

“Wabak ini menunjukkan kepada kita kepentingan sistem penjagaan kesihatan yang berdaya tahan.

“Oleh itu, kami menggesa kerajaan untuk terus mengutamakan pengukuhan sistem penjagaan kesihatan negara, terutama dari segi membangun dan mengembangkan sumber manusia penjagaan kesihatan awam.

“Perhatian khusus juga perlu diberikan kepada kesiapsiagaan wabak,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelas beliau, walaupun COVID-19 masih terkawal dan tahap imuniti yang tinggi dalam kalangan penduduk di negara ini, virus tersebut masih boleh menjadi ancaman besar kepada kumpulan berisiko tinggi.

Malah, katanya, sistem penjaga kesihatan akan terjejas sekiranya langkah pencegahan dan perlindungan tidak diendahkan.

“Ya, kita boleh teruskan dari sini, tetapi cara ke hadapan dalam menguruskan COVID-19 adalah untuk kita terus menggunakan pengetahuan yang dikumpulkan bagi memastikan kita, insan tersayang dan orang lain selamat semasa pandemik.

“Seperti selesema, kita akan dari semasa ke semasa menghadapi gelombang COVID-19, tetapi kita seharusnya sudah biasa dengan semua langkah yang perlu diambil seperti memakai pelitup muka apabila bergejala, melakukan ujian kendiri dan mengasingkan diri apabila diuji positif,” katanya.

Tegas beliau, langkah-langkah tersebut sepatutnya sudah menjadi sifat kedua kepada rakyat Malaysia dalam menangani COVID-19.

“Pandemik ini juga mengajar kita nilai mencuci tangan dengan betul atau menggunakan sanitasi, langkah paling asas dalam pencegahan dan kawalan penyakit berjangkit.

“Ia tabiat yang harus kita teruskan kerana ia bukan sahaja membantu mencegah COVID-19 tetapi pelbagai penyakit berjangkit lain,” katanya.

Sementara itu, Dr Muruga Raj turut menasihati orang ramai supaya memakai pelitup muka jika bersemuka dengan golongan rentan dan warga emas yang berisiko mendapat jangkitan serta kematian akibat wabak berbahaya itu.

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa memaklumkan KKM akan melaksanakan penilaian risiko situasi jangkitan COVID-19 pada pertengahan bulan hadapan susulan pengumuman WHO yang memutuskan wabak itu bukan lagi dikategorikan sebagai kecemasan kesihatan global. 

Beliau berkata, penilaian itu bertujuan menyemak semula pengisytiharan kawasan tempatan jangkitan yang akan berakhir pada 30 Jun itu, sebelum kerajaan menentukan hala tuju seterusnya melibatkan langkah perlindungan terkini mengenai COVID-19.

Katanya, walaupun WHO mengumumkan wabak itu bukan lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa, KKM masih perlu mengambil kira faktor yang berlaku secara lokal di negara ini.

“Kita di peringkat jawatankuasa teknikal, telah memberi pandangan bahawa kita akan teruskan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada dan kita masih kekalkan lagi kawasan tempatan jangkitan yang akan berakhir Jun ini.

“Kita nak tengok lagi perkembangan sebab ada lagi kes COVID-19 tetapi masih terkawal, segala pandangan (WHO) dan keadaan di negara ini pun kita kena lihat terlebih dahulu sebelum menerima pakai saranan WHO. Jadi, pertengahan Jun nanti kita akan buat penilaian,” katanya.

Semalam, agensi berita asing melaporkan WHO pada Jumaat memutuskan COVID-19 tidak lagi dikategori sebagai kecemasan kesihatan antarabangsa selepas dunia dilanda pandemik itu sejak tiga tahun lepas. – Getaran, 7 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi