web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Isu Kampung Sungai Baru: Khalid Luah Kekecewaan, Tekad Bantu Penduduk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 3:34PM

Khalid Samad - Gambar oleh Nooreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mantan Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad meluahkan kekecewaan terhadap kerajaan, khususnya Kementerian Wilayah Persekutuan dalam isu pengambilan tanah Kampung Sungai Baru, Kampung Baru, di sini. 

Meskipun isu tersebut telah lama dibincang serta dirunding, Khalid yang juga Ahli Parlimen Shah Alam berkata, berkata, kerajaan bagaimanapun masih berat sebelah kepada pemaju. 

Menurutnya, tawaran yang disampaikan kepada pemilik pada akhirnya hanya sekadar  RM550 sekaki persegi. 

“Ini merupakan harga dan nilai yang jauh lebih rendah daripada apa telah ditawarkan oleh Jabatan Penilai dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi tanah Kampung Baru iaitu Malay Algriculture Settlement (MAP)’, yang mempunyai pelbagai sekatan. 

“Semasa saya (jadi) Menteri Wilayah Persekutuan, penilaian yang telah diberikan oleh pihak JPPH, adalah di antara RM650 sekaki persegi hingga RM850 sekaki persegi, bergantung kepada sama ada berada di lapis pertama, lapis kedua atau ketiga” katanya pada sidang media hari ini. 

Khalid menambah, kadar harga yang paling rendah sekali pun adalah lebih daripada apa ditawarkan kerajaan sekarang atau oleh pihak jabatan yang terlibat dengan pemilik Kampung Sungai Baru selaku tanah leasehold, tanpa sekatan. 

Menurutnya, tanah MAS, iaitu tanah Kampung Baru mempunyai berbagai sekatan termasuk mesti dimiliki orang Melayu, namun tanah Kampung Sungai Baru adalah leasehold tanpa sekatan.

“Ia boleh dibeli dan dijual oleh sesiapa (sama ada) rakyat (atau) bukan rakyat. Ia jenis yang leasehold, tetapi nilai harga adalah jauh kurang daripada apa yang ditawarkan ataupun apa dinilaikan oleh JPPH terhadap tanah MAS. 

“Dan kita lihat bahawa ada juga penilaian oleh pihak swasta, golongan penilai profesional yang telah meletakkan nilai tanah sebagai RM1,500 hingga RM2,000 sekaki persegi, tetapi penilaian swasta ini tidak diguna pakai dan mereka ingin memaksa pemilik menerima harga yang pemilik tak nak terima, akhirnya digunakan Akta Pengambilan Tanah dan isu ini akan dibawa ke mahkamah,” katanya. 

Mengulas lanjut, Khalid berkata, beliau memberi jaminan deposit sebanyak RM3,000 yang perlu dibayar oleh setiap pemilik tanah untuk membawa kes berkenaan ke mahkamah akan dibayar. 

“Saya sebagai Ahli Parlimen dan mantan Menteri Wilayah Persekutuan akan berusaha untuk menentukan bahawa deposit ini akan dibayar dan kes ini dibawa untuk dibicara. Kita harap, dalam tempoh menunggu perbicaraan pihak kerajaan tidak akan bertindak,” katanya. - Getaran, 10 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Isu Kampung Sungai Baru: Kerajaan Jangan Tutup Mata – Khalid Samad

3

Sukan 1 tahun yang lalu

KL City Mungkin 'Tutup Kedai' Jika Isu Tunggakan Gaji Berterusan – Khalid Samad 

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan