web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Penuntut UTM Maut Dihempap Pokok Di LPT

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2022 1:59PM

Seorang pelajar maut dihempap sebatang pokok di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur di Bentong, Pahang, petang semalam. - Gambar dari Facebook Bomba Pahang

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) maut selepas dihempap pokok tumbang ketika sedang menunggang motosikal di Kilometer 67.4, Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur di Bentong, Pahang, petang semalam.

Mangsa, Muhammad Mustaqim Nor Azhar, 21, dipercayai sedang menghabiskan cuti semesternya dengan bekerja secara sambilan di sebuah kedai di Bentong selama sebulan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas bekerja sekitar jam 6 petang semalam.

Menurut beliau, ketika melalui lokasi tersebut, motosikalnya dihempap pokok tumbang dan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Orang awam melaporkan bahawa seorang lelaki dihempap sebatang pokok tumbang di lokasi tersebut.

“Ketika polis tiba di lokasi mendapati seorang lelaki warganegara tempatan terbaring di atas jalan raya dalam keadaan badannya dihempap pokok,” katanya hari ini.

Zaiham berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Bentong bagi proses bedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk dikebumikan.

Beliau turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan berhemah ketika memandu atau menunggang motosikal ketika hujan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku. - Getaran, 10 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad