web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tindakan Tegas Jika Salah Guna Kuasa, Palsu Borang Rentas Negeri

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2021 2:59PM

Tindakan tegas akan diambil terhadap penguatkuasa yang menyalahguna kuasa dalam urusan kebenaran rentas negeri. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Tindakan tegas menanti kakitangan atau anggota penguat kuasa yang didapati menyalahgunakan kuasa dalam urusan kebenaran rentas negeri, tegas Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Amaran sama turut ditujukan kepada orang awam yang menyalahgunakan borang kebenaran rentas negeri termasuk membeli atau mendapatkan borang kosong dengan tandatangan dan cop palsu pihak berkuasa.

Tegas Ismail Sabri, orang awam perlu mengikut prosedur yang betul untuk mendapatkan kebenaran merentas negeri dan tidak mengambil jalan mudah dengan memalsukan dokumen tersebut.

“Sekiranya ada cop dan tandatangan palsu (pada borang) akan diambil tindakan tegas. Borang rentas negeri mesti dibuat di balai polis dengan butiran yang sahih.

“Kalau ada orang dalam (salah guna kuasa anggota penguat kuasa), tindakan tegas juga mesti diambil kerana ia satu pelanggaran undang-undang,” katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini hari ini. 

Di Shah Alam semalam, polis membuka kertas siasatan susulan tindakan individu yang membuat pemalsuan tandatangan pada borang rentas negeri kononnya milik Penolong Ketua Balai Polis Seksyen 6 di sini, selepas gambar borang itu tular di media sosial.

Sebelum ini, satu lagi kes seumpama itu turut dilaporkan berhubung borang rentas negeri kosong dengan tandatangan Ketua Balai Polis Chukai, Kemaman, Terengganu tular di media sosial, bagaimanapun siasatan awal mendapati tandatangan itu dipalsukan.

Mengenai majlis hari ini, Ismail Sabri berkata menerusi kerjasama Pharmaniaga dan UMT, sebuah projek madu kelulut secara saintifik dan komersial akan dibangunkan bagi memberi peluang penyertaan golongan B40 serta pesara tentera.

Beliau berkata projek itu bukan sahaja dapat mengembangkan potensi dan nilai komersial madu kelulut, malah sekali gus meningkatkan taraf ekonomi golongan terlibat termasuk pesara tentera.

“Sebagai permulaan, projek usaha sama ini menyasarkan penyertaan sebanyak 1,000 pesara tentera untuk diberikan latihan kemahiran dan modal untuk mengusahakan ladang madu kelulut mengikut standard Amalan Pertanian Baik (GAP) bagi menjamin kualiti produk,” katanya.

Perjanjian usaha sama itu dimeterai oleh Pengarah Urusan Kumpulan Pharmaniaga Datuk Zulkarnian Md Eusope dan Naib Canselor UMT Prof Datuk Dr Nor Aieni Mohktar yang disaksikan Ismail Sabri serta Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad. - Bernama 

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Politik 1 hari yang lalu

Rombakan Barisan Pemimpin PN: Azmin Ali, Radzi Jidin Gugur Daripada Senarai 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran