web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 14 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Netizen Teruja Khairy, Rafizi Bergurau Di Twitter, ‘Lama Tak Lunch Sekali’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 6:23PM

Khairy Jamaluddin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Meskipun kedua-duanya berbeza parti, Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin dan Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli kelihatan mesra di luar gelanggang politik.

Kedua-dua pemimpin tersebut mencuri tumpuan netizen apabila dilihat saling berbalas komen di Twitter, hari ini.

“Gabungan KJ (Khairy) dan RR (Rafizi) amat dinantikan orang ramai. Kalian berdua keluar makan tengah hari bersama pasti menghangatkan media sosial,” kata Krishna Kumar Paramanathan.

“Ada indikasi YB KJ akan masuk PKR tak lama lagi. Mungkin sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15),” kata 6adamsmith5.

Komunikasi antara Khairy dan Rafizi bermula apabila mantan Ahli Parlimen Pandan itu memberitahu beliau merancang untuk bercuti ke Negeri Sembilan bersama keluarganya pada hujung minggu ini.

Dalam ciapan di Twitternya hari ini, Rafizi turut menyenaraikan beberapa lokasi menarik bakal dikunjunginya nanti.

Bagaimanapun seorang netizen mengusik Rafizi dengan bertanya sama ada beliau akan singgah di Rembau yang juga kawasan Parlimen disandang Khairy ketika ini.

“Rembau tak pi ke Rafizi?” kata ZainAbrams sambil menandakan nama Khairy yang juga Menteri Kesihatan.

Rafizi kemudiannya membalas usikan itu dengan memberitahu beliau akan melalui Rembau semasa dalam perjalanan ke Port Dickson.

Khairy turut melayan gurauan itu dengan mengajak Rafizi untuk makan tengah hari bersama.

“Hmm…singgahlah. Lama tak lunch (makan tengah hari) sekali,” katanya.

Rafizi kemudian menyambut pelawaan Khairy dengan memaklumkan hasrat mengatur masa untuk makan tengah hari bersama kelak.

“Hahaha, nanti set lunch sekali. Tapi bukan masa Ben ada sekalilah. Dia short attention span bab politik ni,” katanya.

Pada 18 Disember 2018, Khairy dan Rafizi pernah dilaporkan minum bersama Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar di sebuah restoran di ibu negara.

Gambar tular di media sosial itu dilaporkan berlaku beberapa bulan selepas kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).

Malah pada 9 Disember 2018, Rafizi turut memuat naik gambar mereka bertiga selepas selesai makan tengah hari bersama di Twitternya.

Namun pertemuan tersebut menimbulkan khabar angin kononnya mereka sedang menggerakkan satu wadah politik baharu berteraskan orang muda.

Spekulasi tersebut dikuatkan dengan keputusan Nurul Izzah yang membuat keputusan mengejut meletakkan tiga jawatan serentak pada waktu itu.

Namun Rafizi menafikan spekulasi itu dan memberitahu pertemuan tersebut tidak menyentuh soal lompat parti.

Katanya, Khairy hanya mengajarnya cara menggunakan filter di Instagram, manakala Nurul Izzah memberi tips mengenai persekolahan anak dan beliau pula berkongsi panduan ‘macam mana nak gemuk’.

Pada 4 September lalu, Khairy mengakui bakal ‘berpindah’ ke kawasan Parlimen lain pada PRU-15 nanti.

Menurutnya, ia susulan kerusi disandang beliau sejak tiga penggal diberi kepada Datuk Seri Mohamad Hasan yang menyatakan hasrat untuk bertanding di situ.

Beliau berkata, sebagai orang parti, dia perlu akur dengan arahan timbalan presiden UMNO itu dan patuh kepada pucuk pimpinan.

Baru-baru ini, Khairy dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim antara dua personaliti yang mendahului tinjauan berhubung siapakah pemimpin paling disukai untuk memegang jawatan Perdana Menteri.

Berdasarkan tinjauan Pusat Penyelidikan Endeavour-MGC membabitkan 3,279 pengundi berdaftar di semua Parlimen di Semenanjung itu, sebanyak 16 peratus menamakan Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) sebagai pemimpin paling layak untuk jawatan tersebut.

Manakala, Ahli Parlimen Rembau itu menduduki tempat kedua dengan 12 peratus sokongan.

Tinjauan tersebut dijalankan bermula 23 Julai hingga 15 Ogos lalu. - Getaran, 9 September 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion: Rafizi Hadir Ke SPRM, Serah Dokumen 28 Muka Surat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Politik 1 tahun yang lalu

Misteri ‘Kehilangan’ Rafizi: Apakah Ada ‘Drama’ Di Belakang Tabir?

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Luar Negara 12 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar