Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Bolehkah Ismail Sabri Adakan PRU-15 Selepas Pembentangan Bajet 2023?

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Sep 2022 12:06PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas dua tahun pergolakan politik dan kemerosotan kewangan yang diburukkan lagi akibat pandemik COVID-19, Malaysia mungkin menyaksikan pentadbiran baharu mengambil alih Putrajaya tidak lama lagi.

Ini didorong oleh khabar angin bahawa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan diadakan tidak lama lagi berikutan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mempercepatkan pembentangan Bajet 2023 dari 28 Oktober kepada 7 Oktober depan.

Kini timbul rungutan yang meresahkan, mendakwa Ismail Sabri berkemungkinan membubarkan Parlimen beberapa hari selepas membentangkan bajet, sebagaimana pernah dilakukan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1999.

Khabar angin ini mencetuskan persoalan sama ada permasalahan boleh timbul jika bajet, termasuk perbelanjaan operasi seperti gaji dan perolehan peralatan kerajaan, gagal diluluskan dalam penggal Parlimen semasa, dan jika terdapat halangan dalam keputusan pilihan raya negara ini.

Teka-teki pembubaran Parlimen semakin bertiup kencang namun adakah ia akan dibubarkan selepas pembentangan Bajet 2023? - Gambar fail
Teka-teki pembubaran Parlimen semakin bertiup kencang namun adakah ia akan dibubarkan selepas pembentangan Bajet 2023? - Gambar fail

Bercakap kepada The Vibes, pemerhati Parlimen, Ong Ooi Heng berkata, satu daripada senario yang mungkin terjadi adalah Parlimen dibubarkan beberapa hari selepas bajet dibentangkan.

Langkah ini boleh membantu Ismail Sabri untuk merancang secara terperinci dasar fiskal pentadbirannya untuk tahun akan datang dan menggunakan manfaat sosio-ekonomi bajet tersebut ketika tempoh kempen pilihan raya.

"Kemungkinan besar dengan berbuat demikian, beliau boleh menggunakan butiran bajet semasa tempoh kempen (dengan) meletakkan tanggapan 'jika anda mahu bajet ini diluluskan, undi saya'," kata Ooi Heng.

Tambahnya, perkara berkenaan berkemungkinan berlaku jika Ismail Sabri mendapati beliau tidak dapat menangguhkan PRU-15 hingga 2023, iaitu apabila Parlimen akan dibubarkan oleh undang-undang.

Tekanan dan dinamik dalam UMNO

Keadaan ini bagaimanapun sangat bergantung kepada dinamik semasa Ismail Sabri dalam partinya sendiri iaitu UMNO.

Pemimpin tertentu dan penyokong mereka telah bersuara agar PRU-15 diadakan tahun ini, berikutan beberapa siri kemenangan gabungan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri dan pilihan raya kecil sebelum ini.

Ismail Sabri disifatkan sebagai berjaya menahan tekanan politik jika Parlimen tidak dibubarkan serta-merta selepas bajet dibentangkan.
Ismail Sabri disifatkan sebagai berjaya menahan tekanan politik jika Parlimen tidak dibubarkan serta-merta selepas bajet dibentangkan.

Lebih memburukkan keadaan, pemenjaraan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga bekas Presiden UMNO, telah merancakkan lagi tindakan pihak tertentu dalam parti itu untuk mendesak Ismail Sabri mengadakan PRU-15 lebih awal.

“Semua ini berlaku dan bergantung kepada dinamik antara Ismail Sabri dan Presiden UMNO sekarang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan kem masing-masing.

"Ismail Sabri akan disifatkan berjaya menahan tekanan politik jika Parlimen tidak dibubarkan serta-merta selepas bajet dibentangkan," katanya merujuk kepada desakan agar PRU-15 diawalkan.

Jika itu berlaku, Ooi Heng meramalkan, Parlimen kemudiannya akan dibubarkan menjelang Disember bagi mengelak kemungkinan banjir monsun timur laut di negeri pantai timur semenanjung yang memberi kesan kepada pengundi di sana.

Pilihan raya kemudiannya mungkin akan diadakan pada awal Januari bertepatan dengan cuti sekolah (penggal persekolahan tahun depan bermula pada Mac).

Sekiranya entiti politik lain muncul sebagai pemenang pada PRU-15 dan mengambil alih majoriti di Parlimen, kerajaan baharu yang dibentuk boleh membentangkan bajetnya sendiri dan cuba meluluskan ia melalui Dewan Rakyat dan Dewan Negara sebelum 2023.

Bagaimanapun, langkah ini akan berjalan lancar sekiranya pakatan politik itu meraih majoriti dua pertiga kerusi di Dewan Rakyat.

Melanggar konvensyen Perlembagaan

Dalam konteks ini, adalah menarik untuk mengimbau kembali tempoh menjelang pilihan raya umum pada 1999.

Kerajaan BN pimpinan Dr Mahathir telah membentangkan bajet Persekutuan pada 29 Oktober (1999) dan kemudian membubarkan Parlimen serta mengumumkan hari mengundi pada 29 November tahun itu.

Dr Mahathir pernah membubarkan Parlimen beberapa hari selepas membentangkan bajet pada 1999.
Dr Mahathir pernah membubarkan Parlimen beberapa hari selepas membentangkan bajet pada 1999.

Di bawah tekanan politik yang hebat dan berdepan dengan perpecahan pengundi Melayu berikutan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada kerajaan dan parti pemerintah UMNO, Dr Mahathir menggesa pilihan raya diadakan segera, dengan tempoh berkempen hanya selama sembilan hari.

Setelah memperolehi kemenangan dengan majoriti dua pertiga, Menteri Kewangan kerajaan BN ketika itu, Tun Daim Zainuddin, kemudian membentangkan semula belanjawan Persekutuan untuk tahun 2000 pada 20 Disember 1999.

Menimbang senario yang mungkin terjadi, Felo Kanan Institut Hal Ehwal Antarabangsa Singapura, Oh Ei Sun berkata, Ismail Sabri akan melanggar konvensyen Perlembagaan jika beliau mengumumkan bajet tanpa meluluskannya.

Ini kerana kerajaan baharu yang tidak diketuai oleh Ismail Sabri berkemungkinan akan membentangkan bajetnya sendiri.

"Sekiranya beliau (Ismail Sabri) mencadangkan bajet sebelum pembubaran maka beliau harus melihatnya (diluluskan) sebelum membubarkan Parlimen," katanya.

Ei Sun menegaskan, jika PRU-15 tidak diadakan tahun ini, maka kerajaan pimpinan Ismail Sabri mungkin akan menjalani penggal penuh sehingga tahun depan.

Penggal Parlimen semasa dijadualkan berlangsung sehingga 15 Julai 2023.

Kit Siang imbau kembali pembubaran Parlimen pada 1999

Sementara itu, mantan Pengerusi DAP, Lim Kit Siang berkata, walaupun tiada apa yang menghalang Ismail Sabri menasihati Yang di-Pertuan Agong agar membubarkan Parlimen selepas pembentangan Bajet 2023, namun ia tindakan salah dan contoh buruk perdana menteri menyalahgunakan kuasanya.

Beliau berkata, baginda perlu menasihati Ismail Sabri supaya membenarkan Parlimen membahaskan dan meluluskan bajet melainkan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri itu diterima pakai oleh Dewan Rakyat.

Lim Kit Siang
Lim Kit Siang

Bercakap pada dialog DAP Subang Jaya Timur dengan ahli dan penyokong parti itu malam tadi, Kit Siang, yang kini Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, beliau masih ingat proses Parlimen dibubarkan pada 10 November 1999, semasa perbahasan Bajet 2000 sedang dilakukan.

Beliau mengimbau kembali, bajet ketika itu telah pun dibentangkan pada 29 Oktober tahun itu.

“Ia adalah hari Selasa dan hari keenam perbahasan Bajet 2000, tetapi Ahli Parlimen tidak berminat dengan Bajet 2000 kerana khabar angin telah tersebar bahawa Parlimen akan dibubarkan pada hari itu.

“Saya masih ingat bertanya kepada timbalan speaker yang mempengerusikan Dewan Rakyat sebelum menangguhkan untuk makan tengah hari pada 10 November 1999 sama ada Parlimen akan dibubarkan pada hari itu, dan timbalan speaker yang kini menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah berkata beliau tidak tahu.

“Apabila Dewan Rakyat disambung semula selepas makan tengah hari pada 2.30 petang, speaker mengumumkan bahawa beliau telah dimaklumkan bahawa Parlimen telah dibubarkan oleh Yang di-Pertuan Agong, dan perbahasan Bajet 2000 berakhir secara tiba-tiba untuk Pilihan Raya Umum ke-10 diadakan,” kata Kit Siang, yang juga Ahli Parlimen Tanjong pada ketika itu.

“Tetapi ini adalah contoh yang salah dan buruk di mana bajet dibentangkan kepada Parlimen dan Parlimen tidak dibenarkan membahaskan dan meluluskan bajet, tetapi dibubarkan untuk mengadakan pilihan raya umum.

"Ia tidak sepatutnya diikuti Ismail Sabri." - The Vibes, 9 September 2022

Sorotan

1

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

2

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

3

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

4

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

5

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

6

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

Semasa 1 hari yang lalu

Selangor Sasar Noktah Miskin Tegar Julai Ini - MB

Semasa 1 hari yang lalu

Jabatan Meteorologi Keluar Amaran Penerbangan, Gunung Ruang Meletus Semula

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Terengganu Tidak Bincang Cadangan Hukuman Sebat Di Khalayak – Azalina