web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mahkamah Rayuan Tetapkan 23 November Keputusan Cabar Larangan Merokok

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 6:03PM

Mahkamah Rayuan menetapkan 23 November ini untuk keputusan berhubung rayuan tujuh individu yang mahu membatalkan larangan merokok di semua premis makanan yang dikuatkuasakan KKM - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 23 November ini untuk keputusan berhubung rayuan tujuh individu yang mahu membatalkan larangan merokok di semua premis makanan yang dikuatkuasakan Kementerian Kesihatan (KKM).

Hakim Datuk Yaacob Md Sam, yang mengetuai panel tiga hakim berkata mereka memerlukan lebih banyak masa untuk meneliti dan memutuskan isu yang dibangkitkan oleh peguam dalam rayuan tersebut yang melibatkan kepentingan awam.

Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Hakim Mahkamah Rayuan Datuk M. Gunalan dan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lim Chong Fong.

Tujuh individu itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 29 Oktober 2019 yang menolak permohonan semakan kehakiman mereka untuk mendapatkan perintah certiorari bagi membatalkan keputusan KKM melarang merokok di kedai makan. 

Tujuh individu itu ialah Mohd Hanizam Yunus, 55, Zulkifli Mohamad, 60, Mohd Laisani Dollah, 49, Mohd Sufian Awaludin, 38, Ridzuan Muhammad Noor, 56, Mohd Yazid Mohd Yunus, 51, dan Yuri Azhar Abdollah, 43.

Pada prosiding mahkamah yang dijalankan secara dalam talian, peguam Mohamed Haniff Khatri Abdulla yang mewakili individu itu, berhujah bahawa larangan merokok yang dikuatkuasakan di kedai makan adalah tidak berperlembagaan, tidak sah dan tidak munasabah kerana ia dibuat tanpa penelitian yang betul dan menyeluruh.

Beliau berkata sebelum penguatkuasaan larangan merokok di kedai makan pada 2019, perokok di Malaysia boleh merokok di zon khas yang disediakan oleh pemilik kedai makan yang mempunyai penyaman udara dan tidak mempunyai penyaman udara.

“Kami berhujah bahawa keadaan ini lebih seimbang bagi hak perokok serta bukan perokok iaitu pelanggan yang tidak merokok boleh memilih untuk duduk di tempat yang ditetapkan dan perokok pula boleh merokok di tempat terbuka,” hujah beliau lagi.

Haniff Khatri berkata hakim Mahkamah Tinggi juga telah terkhilaf dari segi undang-undang dan malah, dalam memutuskan bahawa hak anak guamnya di bawah Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan tidak dicabuli dan perokok tidak didiskriminasi di bawah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan berikutan penguatkuasaan larangan merokok di kedai makan.

Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan yang mewakili Kementerian Kesihatan, berhujah bahawa larangan merokok di kedai makan adalah munasabah dan tidak menyalahi undang-undang.

"Hak untuk merokok bukan hak asasi untuk hidup dan jika individu memilih untuk merokok, mereka perlu menghormati hak bukan perokok dan mereka (perokok) perlu bergerak tiga meter dari kedai makan untuk merokok.

"Undang-undang itu digubal untuk melarang merokok di kedai makan, mengambil kira kesihatan awam dan kualiti hidup," katanya.

Dalam semakan kehakiman yang difailkan pada 31 Disember 2018 dengan menamakan KKM sebagai responden, tujuh lelaki itu yang menubuhkan persatuan dikenali sebagai Persatuan Pertahankan Perokok (PHP) memohon satu deklarasi bahawa keputusan KKM untuk melarang merokok di kedai makan adalah tidak berperlembagaan.

Menurut mereka, perokok mempunyai hak sama rata dengan golongan tidak merokok untuk mengunjungi dan meluangkan masa di premis makanan dan kerajaan tidak menyediakan kemudahan yang mencukupi seperti kawasan merokok atau memasukkan peruntukan di bawah larangan merokok bagi pengusaha kedai makan untuk menyediakan kawasan larangan merokok mereka sendiri.

KKM mengenakan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan berkuat kuasa 1 Januari 2019. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad