web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hakim Tarik Diri Dengar Rayuan Saman Abdul Azeez Terhadap Guan Eng

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 2:02PM

Abdul Azeez Abdul Rahim - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Vazeer Alam Mydin Meera menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang menolak samannya terhadap Lim Guan Eng.

Saman itu berkaitan pembinaan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.

Hakim Vazeer Alam, yang mengetuai panel tiga hakim, berkata beliau memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar rayuan itu kerana beliau mempunyai kaitan dengan pihak-pihak terbabit semasa beliau  dalam bidang guaman.

"Oleh itu, kami menangguhkan perbicaraan hari ini ke tarikh lain yang akan ditetapkan kemudian oleh pendaftar," kata hakim itu pada permulaan prosiding yang dijalankan secara maya.

Dua lagi hakim yang bersidang ialah Datuk Hadhariah Syed Ismail dan Datuk Seri Mariana Yahya.

Hari ini, mahkamah dijadual mendengar rayuan Ahli Parlimen Baling itu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 11 Disember 2020, yang menolak samannya terhadap bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhubung pembinaan projek terowong dasar laut Pulau Pinang.

Peguam Datuk Porres Royan mewakili Abdul Azeez manakala Lim diwakili N.Mureli pada prosiding hari ini.

Abdul Azeez telah memfailkan saman itu pada Mac 2018 yang mendakwa Lim, bekas Menteri Kewangan, telah mengeluarkan kenyataan fitnah semasa sidang akhbar di pejabat Ketua Menteri pada 28 Februari 2018 dan dalam satu majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina pada hari sama yang mengaitkan beliau dengan pembayaran RM3 juta sebagai yuran perundingan oleh pemaju projek terowong bawah laut itu.

Abdul Azeez mendakwa kenyataan itu telah mendapat liputan yang meluas dan diterbitkan dalam beberapa laman sesawang, laman berita elektronik serta akhbar-akhbar tempatan.

Beliau memohon ganti rugi am termasuk ganti rugi pampasan, teladan, ganti rugi tambahan, kos tindakan dan relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah selain injuksi bagi menghalang defendan daripada terus menerbitkan, membolehkan atau menyebabkan kenyataan-kenyataan menyinggung berkenaan diterbitkan. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 14 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad