web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Perundangan, Kehakiman Negara Bakal Ditertawa Dunia Jika Najib Diampun

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 7:07AM

Abdul Hamid berkata kesalahan Najib adalah lebih besar daripada kesalahan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia melibatkan kewangan negara. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sistem perundangan dan kehakiman negara bakal menjadi ‘bahan ketawa’ dunia sekiranya Lembaga Pengampunan memberi ‘kemaafan’ kepada Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat.

Mantan Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad berkata, selepas Najib didapati bersalah pada 23 Ogos lalu oleh Mahkamah Persekutuan, beliau memfailkan petisyen pengampunan 10 hari kemudian.

Justeru, katanya, tumpuan semua pihak kini beralih mengenai bilakah Lembaga Pengampunan akan bersidang dan keputusan bakal dicapai, namun jika ia menyebelahi Najib, maka sistem perundangan dan kehakiman di negara ini akan ditertawakan dunia.

Abdul Hamid Mohamad - Gambar dari www.tunabdulhamid.my
Abdul Hamid Mohamad - Gambar dari www.tunabdulhamid.my

“SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) menghabiskan bertahun menyiasat, pendakwa raya menghabiskan berbulan mengkaji kertas siasatan, bertahun hakim mengendalikan perbicaraan dan mendengar rayuan demi rayuan, merekod, menyemak serta mengkaji ribuan halaman keterangan dan dokumen, mendengar puluhan saksi, selain menulis ratusan halaman alasan penghakiman.

“…satu dua bulan selepas tertuduh disabitkan dan dihukum penjara berpuluh-puluh tahun dan didenda beratus-ratus juta atau berbilion, tanpa terpaksa melakukan apa disebut itu semua, ahli-ahli Lembaga Pengampunan, dengan satu ayat mengampun sabitan serta hukuman itu.

“Perlukah saya berkata apa-apa lagi? Bayangkanlah sendiri,” tulisnya dalam catatan dikongsi menerusi blog, tunabdulhamid.my.

Najib Razak - Gambar fail
Najib Razak - Gambar fail

Tegas beliau, kesalahan Najib adalah lebih besar daripada kesalahan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana ia melibatkan kewangan negara.

Justeru, beliau menyoal patutkah Raja Berperlembagaan mengampunkan Najib semata-mata kerana partinya menang pada pilihan raya umum.

“Jika itu berlaku, akan jadi bahan ketawalah Malaysia dan Raja Berperlembagaannya.

“Datuk Seri Najib sedang menghadapi beberapa pertuduhan lagi. Jika beliau diampunkan dalam kes ini (SRC International), sekiranya selepas ini beliau didapati bersalah lagi, adakah beliau akan diampun lagi atas alasan sama?” soalnya.

Pada 10 Februari 2015, Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun terhadap Anwar atas kesalahan liwat dan Ahli Parlimen Port Dickson itu mula menjalani hukuman penjara, sebelum diberikan Pengampunan Diraja oleh Yang diPertuan Agong pada Mei 2018, iaitu selepas dipenjara lebih tiga tahun.

Tegas Abdul Hamid, jika Barisan Nasional (BN) menang pada pilihan raya umum akan datang sekali pun, pengampunan tidak seharusnya diberikan kepada Najib.

“Alasan paling kuat mengapa pengampunan tidak patut diberi atas alasan ini ialah ‘precedent’ diwujudkan oleh kes Datuk Seri Anwar Ibrahim itu tidak patut diikuti untuk mengelak pemimpin korup, menyalah guna kuasa dan menyeleweng wang negara serta penjenayah daripada berkuasa atau berkuasa semula dan mengelak hukuman.

“Ia juga untuk mengelak ahli politik daripada memperalatkan Raja Berperlembagaan dan Lembaga Pengampunan untuk membolehkan pemimpin seperti itu berkuasa atau berkuasa semula. Itu bukanlah tujuan Lembaga Pengampunan diadakan,” katanya. - Getaran, 8 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan