web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


'Kalau Orang Muda Nak Beri Pandangan, Aduan, Saya Terbuka Menerima' - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Sep 2022 7:08AM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan sudah mengurangkan kadar pengangguran golongan muda di negara ini dalam tempoh beberapa tahun terkini, apabila lebih 400,000 daripada mereka mempunyai pekerjaan, termasuk membabitkan graduan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, bagaimanapun kerajaan terus berusaha untuk mencapai sasaran mengurangkan pengangguran sehingga 600,000 sebelum hujung tahun ini.

Katanya, kerajaan memahami isu pertama yang membelenggu golongan muda adalah pekerjaan, termasuk membabitkan graduan.

“Sekarang ini isunya bukan sahaja tiada pekerjaan, tetapi bekerja namun gaji tidak setimpal dengan kerja mereka,” katanya menerusi hantaran di Facebook, malam tadi.

 

Dalam sesi temu bual dengan 8fm, isu berkaitan pekerjaan bagi golongan muda dibincangkan. Kita sudah berjaya mengurangkan bilangan mereka yang menganggur apabila lebih 400,000 sudah mendapat pekerjaan, kita membuat sasaran baharu jumlahnya meningkat 600,000 sebelum hujung tahun ini. Saya kagum dengan kreativiti dan juga keterbukaan generasi muda memberikan pandangan. Generasi muda sangat kreatif dan lantang menyuarakan apa sahaja pandangan tentang kerajaan. Contohnya, mereka lahirkan pandangan menggunakan TikTok dengan cara penyampaian yang berbeza-beza. Golongan muda boleh memberikan pandangan terus kepada saya melalui website www.ismailsabri.my. Saya terbuka untuk menerima apa jua cadangan, pandangan atau aduan daripada generasi muda ini.

Posted by Ismail Sabri Yaakob on Wednesday, September 7, 2022

Hantaran itu mengandungi perkongsian penulisan dan video temu bualnya ketika diwawancara penyampai di sebuah stesen radio.

Ketika ditanya mengenai kriteria paling dikaguminya dalam diri generasi muda kini, Ismail Sabri berkata, beliau tertarik dengan kreativiti dan keterbukaan mereka dari segi memberikan pandangan.

Malah, katanya, beliau suka mendengar percakapan seseorang pelajar ketika menjelaskan apa difikirkan.

Ismail Sabri Yaakob (dua dari kiri) turut ditemu bual penyampai radio Hot FM AG (kanan), Johan dan Fara Fauzana (kiri) sempena kunjungan ke Media Prima di Sri Pentas, semalam. - Gambar Bernama
Ismail Sabri Yaakob (dua dari kiri) turut ditemu bual penyampai radio Hot FM AG (kanan), Johan dan Fara Fauzana (kiri) sempena kunjungan ke Media Prima di Sri Pentas, semalam. - Gambar Bernama

“Sebab saya pernah menjadi pemimpin persatuan pelajar waktu itu kita berfikiran seperti itu, lantang cakap apa sahaja mengenai kerajaan.

“Mereka semua sangat kreatif kadang-kadang dia lahirkan pandangan melalui (aplikasi) tiktok contohnya, tapi mesej nak disampaikan itu kita faham cuma cara penyampaian itu berbeza-beza,” katanya.

Pada program itu, Ismail Sabri turut mempelawa golongan muda memberikan pandangan terus kepada beliau menerusi laman sesawang peribadinya, iaitu www.ismailsabri.my.

“Kalau siapa nak berikan pandangan, cadangan, ‘complaint’ (aduan) apa sahaja, saya terbuka untuk menerima,” katanya.

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen hantaran terbabit, warga maya memberikan respon positif terhadap keprihatinan dan usaha dilaksanakan kerajaan pimpinan Ismail Sabri.

“Terima kasih PM kerana prihatin terhadap rakyat dan berjaya mengurangkan bilangan pengangguran di negara kita. Syabas #KeluargaMalaysiaTeguhBersama,” kata Syafiq Danial.

“Wahhhhh terbaik DSIS (Datuk Seri Ismail Sabri),” tulis Mohd Azhar Osman.

“Terima kasih PM kerana prihatin terhadap rakyat, Cuma masih banyak golongan yang memerlukan bantuan, saya berharap agar PM dapat membantu semua golongan dari semasa ke semasa,” komen Mia Melissa Mia.

“Terbaik lah DSIS, semoga terus berkhidmat untuk rakyat dan negara,” ujar Hazim Saimon.

“Terbaik PM DSIS bersantai sahaja disenangi rakyat,” respon Atan Kentol Loi. - Getaran, 8 September 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek