web statsweb stats

Berita Terkini

6 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 6 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Ucap Tahniah Kepada Sam Lim, Bangga Bahasa Melayu Bergema Di Parlimen Australia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Sep 2022 7:29PM

Sam Lim dilantik sebagai Ahli Parlimen Tagney di Dewan Perwakilan Australia. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini merakamkan ucapan tahniah dan selamat berkhidmat kepada anak jati Muar, Johor, Sam Lim yang dilantik sebagai Ahli Parlimen Tagney di Dewan Perwakilan Australia.

Perdana Menteri menerusi ciapan di Twitter turut meluahkan rasa bangga apabila Lim turut bertutur dalam Bahasa Melayu dalam ucapan sulungnya pada sidang Dewan Perwakilan Australia hari ini.

“Bahasa Melayu bergema di bumi Australia! Saya bangga melihat Bahasa Melayu dimartabatkan di pentas dunia oleh@SamLimMP ketika menyampaikan ucapan sulung beliau di Parlimen Australia.

“Tahniah atas pelantikan sebagai Ahli Parlimen Tangney di Perth dan selamat berkhidmat!,” katanya.

Lim, 61, dari Australian Labor Party (ALP) dilantik sebagai ahli Parlimen selepas memenangi kerusi Tangney di Perth pada pilihan raya umum Australia, baru-baru ini.

Dalam ucapannya, Lim menzahirkan penghargaan kepada rakyat Malaysia atas sokongan yang diberikan.

Lim yang lahir pada 1961, pernah berkhidmat sebagai anggota Polis Diraja Malaysia selama dua tahun pada 1983, sebelum bertugas sebagai pelatih ikan lumba-lumba serta mengusahakan beberapa perniagaan di Malaysia dan Australia.

Beliau bersama isteri dan tiga anaknya kemudian berhijrah ke Australia dan menyertai Western Australia Police Academy pada 2006 seterusnya bertugas di Perth, malah pada 2020 beliau dianugerahkan ‘Police Officer of the Year’ atas khidmatnya dalam masyarakat pelbagai budaya ketika penularan pandemik COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Anwar Ucap Tahniah Kepada Anutin, Sasar Perkukuh Hubungan Malaysia-Thailand

2

Jelajah 1 tahun yang lalu

3 Tarikan Baharu Berasaskan Marin Di Australia Barat

3

Sukan 1 tahun yang lalu

Piala ASEAN B-16: Malaysia Tewas 0-2 Kepada Australia

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Arab Saudi Lancar 15 Garis Panduan Haji Dalam 16 Bahasa Termasuk Bahasa Melayu

Sorotan

1

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

2

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

3

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

4

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Politik 4 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar